Seperti Individu Berbeza, ‘Influencers’ Ini Kongsikan Gambar Sebelum Dan Selepas Disunting

Trending

Seperti Individu Berbeza, ‘Influencers’ Ini Kongsikan Gambar Sebelum Dan Selepas Disunting

Para ‘influencer’ di media sosial sering dijadikan idola oleh generasi muda kini kerana rupa cantik dan tampan yang ditunjukkan di media sosial. Tak dinafikan memang hampir semuanya cantik-cantik belaka, namun anda pasti terkejut dengan pendedahan ‘influencers’ dari China ini.

Dua ‘influencer’ dari China ini dengan beraninya mendedahkan gambar sebelum dan selepas mereka yang diambil dan kemudian disunting menggunakan Photoshop. Sudah pastinya pada era digital kini, skill suntingan gambar semakin hebat dan mampu mengubah rupa wajah seseorang.

Advertisement

influencers

Berdasarkan penerangan mereka di laman sosial, mereka berasa tidak selesa apabila gambar ‘behind the scene’ yang diambil di set penggambaran disebarkan di internet. Disebabkan itu, mereka kini keluar daripada zon selesa dan berkongsikan gambar sebelum dan selepas suntingan.

“Itulah sebabnya foto-foto ini tidak pernah dimuatnaik setelah saya mempertimbangkan pilihan saya.”

Oleh kerana kini mereka sudah memberanikan diri berkongsikan gambar sebelum suntingan, gambar yang dikongsikan ini menjadi perbualan hangat netizen di sana. Perubahan yang terlalu ketara menampakkan mereka seperti individu yang berbeza di mana ramai menganggapnya sebagai ‘palsu’.

influencers china

influencers china

influencers china

Mereka turut mendedahkan ramai lagi ‘influencer’ di negara itu yang menggunakan taktik yang sama dalam meraih pengikut yang ramai di media sosial. Mereka juga insan biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan seperti manusia lain dan tidaklah sempurna seperti yang disangka.

Pendedahan mereka berdua ini telah membuatkan netizen di China kini menyelidik selebriti media sosial yang diminati mereka. Tetapi ramai yang tidak hairan dengan hal ini memandangkan kecanggihan teknologi yang ada kini tidak menjadikan ianya mustahil untuk dilakukan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...