Seperti Di Singapura, Anda Bakal Didenda RM2,000 Jika Meludah Dan Buang Sampah Merata-Rata Di Kuala Lumpur

Hiburan

Seperti Di Singapura, Anda Bakal Didenda RM2,000 Jika Meludah Dan Buang Sampah Merata-Rata Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur dijangka tampil lebih bersih dan teratur bermula 1 Januari 2026 apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperketat penguatkuasaan terhadap individu yang membuang sampah dan meludah di tempat awam.

Menurut laporan BH Online, pesalah bukan sahaja boleh dikenakan kompaun sehingga RM2,000, malah turut berdepan Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam dalam tempoh enam bulan, bergantung kepada tahap kesalahan.

Advertisement

kuala lumpur bersih

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL, Dr Nor Halizam Ismail, berkata langkah tersebut sejajar dengan persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Menurutnya, operasi antipembuangan sampah serta larangan meludah akan dilaksanakan secara berkala, khususnya di kawasan tumpuan pelancong.

“Kompaun yang kita keluarkan boleh mencecah sehingga RM2,000 bergantung kesalahan yang dilakukan.”

“Tujuan kita bukan untuk menghukum semata-mata, sebaliknya ingin mendidik masyarakat untuk lebih berdisiplin dan menghormati ruang awam yang kita kongsi bersama,” ujar beliau.

Dalam usaha memperkukuh imej ibu kota, DBKL turut memperkenalkan empat kawasan bebas sampah iaitu Jalan Bukit Bintang, Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak serta kawasan komersial Brickfield.

Selain itu, kebersihan premis makanan dan tandas awam turut diberi keutamaan. DBKL kini memantau lebih 7,450 premis makanan bagi mengelakkan pencemaran serta pembiakan haiwan perosak seperti tikus dan lipas, manakala tandas awam dipantau secara berterusan atau berdasarkan aduan orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Muhyiddin Yassin
2025-12-30 09:23:11

Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...