Seperti Bluehyppo, Pengguna Kini Ucap ‘Selamat Tinggal’ Kepada Streamyx

Teknologi

Seperti Bluehyppo, Pengguna Kini Ucap ‘Selamat Tinggal’ Kepada Streamyx

Telekom Malaysia secara rasmi telah menamatkan perkhidmatan Streamyx / Unifi Lite, selari dengan notis terdahulu yang menyatakan perkhidmatan ini akan dihentikan pada 18 Mac 2025, memetik Amanz.

Laman web rasmi TM kini memaparkan notis berkenaan naik taraf Streamyx atau Unifi Lite kepada Unifi Broadband, di mana pengguna boleh menyemak kelayakan akaun masing-masing untuk peningkatan tersebut.

Advertisement

Streamyx ditamatkan 18 mac 2025

Sebelum era internet gentian optik, Streamyx merupakan perkhidmatan internet yang memperkenalkan akses lebih pantas. Dilancarkan pada tahun 2001, ia mula ditawarkan dengan kelajuan 384kbps serta menyediakan panggilan suara tanpa had untuk telefon rumah dan akses internet tanpa had, berbeza dengan dial-up yang dikenakan bayaran berdasarkan penggunaan.

Perkhidmatan ini juga disertakan dengan akaun emel @streamyx.com yang pernah digunakan secara meluas, namun telah dihentikan lebih awal oleh TM.

Bluehyppo

Menggunakan sambungan talian tetap, Streamyx pernah menawarkan kelajuan sehingga 8Mbps sebelum TM memperkenalkan perkhidmatan internet fiber di bawah jenama Unifi pada 2010.

Dengan penamatan Streamyx, jenama ini kini menyertai beberapa jenama Telekom Malaysia yang telah dihentikan sebelum ini, termasuk Bluehyppo.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 days ago

Pengguna Android Boleh 'Share Location' Menerusi Aplikasi Google Find My Device

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...