“Seperti Beruk Dapat Bunga..” Erma Fatima Tak Faham Ada Yang Bawa Anak Kecil Pergi Membeli-Belah Kala Musim COVID-19

Hiburan

“Seperti Beruk Dapat Bunga..” Erma Fatima Tak Faham Ada Yang Bawa Anak Kecil Pergi Membeli-Belah Kala Musim COVID-19

Pelakon dan juga pengarah terkenal, Erma Fatima tampil meluahkan rasa terkilan terhadap sikap sesetengah masyarakat yang masih memandang ringan dalam pematuhan SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Erma menerusi sebuah hantaran di Instagram turut menyifatkan golongan ini seperti ‘beruk mendapat bunga’ apabila berpeluang untuk mengunjungi pusat membeli-belah.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Pelakon drama Mok Cun ini juga turut berasa hairan dengan sikap ibu-bapa yang masih membawa anak-anak kecil ke tempat yang berpontensi menjadi tempat penyebaran COVID-19.

View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

“Tapi kita macam BERUK DAPAT BUNGA.. yak-yak yeah angkut satu family anak kecil pun dibawanya pergi shopping sakan macam tak pernah jumpa mall! Macam ‘sakai kelompang’, tak fikir langsung risiko boleh kena covid kan? Jom guna otak untuk hargai nyawa yang Allah bagi pada kita..”

Dalam entri tersebut, Erma turut memaparkan kenyataan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkenaan pengumuman had masa dua jam diberikan kepada pengunjung di pusat membeli-belah.

View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan turut tidak memahami keperluan untuk membawa anak kecil ke tempat seperti itu.

“Setuju 101%, tak faham kenapa nak kena berangkut satu family sampai ke baby masuk mall tu, kau sorang pergi mall tu beli barang tu dan balik sudahlah! Bukan merek ini tak faham bahasa tapi buat-buat ‘ngok’ kat situ!” tulis seorang pengguna media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...