Sepatutnya Orang Melayu Sedar Apa Yang Berlaku, Bukannya Enggan Berkerja

Kehidupan

Sepatutnya Orang Melayu Sedar Apa Yang Berlaku, Bukannya Enggan Berkerja

Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang. Mereka bekerja, apakah akan terjadi kepada orang Melayu?

Rata-rata masyarakat Melayu masih tidak sedar bahawa usaha keras pasti akan membuahkan hasil seseorang untuk mencapai kejayaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya.

Menurut Tun Dr Mahahthir, sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya, mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar.

Advertisement

Mereka masih enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Mereka telah banyak membanjiri negara kita sehingga hari ini.

 

“Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, tuankah?

“Nasib kita ditangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita.Bilangan kita dikatakan bertambah. Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya.

Di dalam blognya Tun Dr Mahathir telah menceritakan kisah pada zaman remajanya yang telah dijajah oleh British.

Beliau telah berkongsikan beberapa pemerhatian pada zaman itu. Tun Dr Mahathir berkata, sejak zaman British lagi masyarakat Melayu tidak mahu berkerja di ladang dan lombong biji timah yang dibuka oleh British.

ladang getah
lombong biji timah

Tun Dr Mahathir berkata, sejak dari dahulu lagi Orang Melayu senang melihat kerja-kerja berat dilakukan oleh orang asing dan tiada perasaan khuatir.

Oleh sebab itu, tiada orang Melayu yang tinggal dibandar kerana sikap mereka yang tidak mahu berusaha untuk mencapai kejayaan.

Dimanakah orang Melayu?

Orang Melayu berkerja di sawah padi mereka, dan menjadi nelayan.

pesawah
nelayan

Sebilangan kecil dari orang Melayu pula bekerja dengan kerajaan sebagai kerani. Lebih kecil lagi ialah bilangan mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Mereka ini semua berbangga kerana dibayar gaji tetap dan pencen.

kerja kerajaan

Bandar-bandar dikuasi orang Cina dan India

Bandar-bandar semuanya terdiri daripada kedai Cina serta tiada kedai Melayu dan beberapa buah kedai makan dan rempah orang India.

bandar zaman dahulu

Sejak dari dahulu lagi Orang Melayu senang melihat kerja-kerja berat dilakukan oleh orang asing dan tiada perasaan khuatir.

Kepercayaan mereka negeri ini kekal milik mereka, itu yang saya lihat.

Orang Cina biasanya berhijrah ke negara lain jika mereka nampak peluang. Mereka berhijrah ke Amerika dan Australia dan ke negara-negara jajahan British.

Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke negeri-negeri Melayu. Mereka sanggup bekerja keras Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan merbahaya. Mereka sanggup menarik “langca”, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka.

Wanita pula sanggup menjadi “amah” di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah.

Tetapi, anggapan mereka meleset. Kerana mereka tidak sanggup bekerja kuat, tidak sanggup berniaga secara serius mereka terus miskin.

Jarak antara mereka dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga menjadi semakin luas.

Sumber: Blog Chedet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...