Baru-baru ini, di laman media sosial tular satu hantaran memaparkan luahan kecewa seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada tujuh orang anak kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kecewa JKM tak nak naikkan jumlah bantuan
Difahamkan dari hantaran yang dimuat naik, wanita itu baru bersalin anak ketujuh dan menghubungi JKM untuk menaikkan kadar bantuan.
Bagaimanapun, pihak JKM memaklumkan bahawa keluarga mereka sudah menerima bantuan maksimum iaitu RM1000.
Hal yang membuatkan ibu anak tujuh itu lebih kecewa selepas pihak JKM meminta agar suaminya bekerja lebih keras memandangkan ia merupakan tanggungjawab seorang ketua keluarga.
Patut ke pegawai JKM cakap macam tu? Sepatutnya tanggungjawab JKM lah nak bagi bantuan pada kami yang anak ramai ni.
‘M40 anak dua pun pening..’
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana ada yang bersimpati tetapi ada juga yang kurang bersetuju dengan wanita terbabit kerana mereka yang memilih untuk memiliki anak ramai.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpendapat jika wanita itu sedar status kewangannya tidak terlalu tinggi, sepatutnya dia serta suami perlu melakukan perancangan keluarga.