Sepanyol Pulangkan ‘Test Kit’ Bermasalah Dari China Yang Membuatkan Angka Kematian Semakin Meningkat

COVID-19

Sepanyol Pulangkan ‘Test Kit’ Bermasalah Dari China Yang Membuatkan Angka Kematian Semakin Meningkat

Menurut pihak berkuasa di Sepanyol, ribuan ‘test kit’ COVID-19  yang dibekalkan dari China tidak dapat digunakan selepas ianya didapati mempunyai masalah. Sepanyol yang kini mencatatkan jumlah kematian melebihi 4,000 itu memulangkan kembali 600,000 ‘test kit’ yang dibeli dari China.

Jumlah jangkitan COVID-19 meningkat di Sepanyol kepada lebih 56,000 kes, naik 655 kes berbanding hari sebelumnya. Kebanyakan ‘test kit’ yang dibeli dari China itu tidak dapat digunakan dengan baik untuk mengesan wabak COVID-19 pada pesakit.

Advertisement

Menteri Kesihatan Sepanyol, Salvador Illa mengumumkan sebanyak 58,000 ‘test kit’ telah dipulangkan semula ke China.

test kit covid-19

Syarikat China yang mengedarkan ‘test kit’ tersebut, Shenzhen Bioeasy Technology memberitahu keputusan ujian yang tidak tepat diterima mungkin kerana kegagalan mengambil sample dan penggunaan kit yang salah. Walau bagaimanapun, mereka bersetuju untuk menggantikan kit yang rosak kepada yang baru selepas beberapa negara turut melaporkan perkara yang sama.

Pakar perubatan Sepanyol yang memeriksa kit yang diterima minggu lepas berkata, kit tersebut hanya mempunyai 30 peratus kemungkinan untuk mengesan virus itu daripada 9,000 kit yang diterima. Untuk memastikan ujian pengesahan berkesan, kit tersebut sepatutnya mempunyai 70 ke 80 peratus kemungkinan untuk mengesan virus itu.

Kegagalan untuk mengesan virus menggunakan ‘test kit’ itu telah menyusahkan pihak perubatan di Sepanyol yang kini berada pada tempoh yang sangat kritikal. Mereka kini menerima lebih 64,000 kes jangkitan dengan 4,900 kematian, kedua tertinggi selepas Itali.

“Mula-mula mereka hantar kita virus, sekarang mereka menjual bekalan ubatan untuk menghentikannya dan kini menipu kita.”

sepanyol covid-19

Kegagalan ‘test kit’ ini untuk berfungsi juga telah menyebabkan Sepanyol terpaksa bergantung sepenuhnya kepada keputusan pihak makmal dan ini mengambil tempoh yang lama. Jika menggunakan ‘test kit’ tersebut, hanya 10 hingga 15 minit sahaja masa diperlukan untuk mendapat keputusan ujian.

Nampaknya, bukan Sepanyol sahaja yang mengalami masalah yang sama kerana Turki dan Belanda turut membuat aduan yang sama. Menteri Kesihatan Belanda memberitahu penghantaran topeng muka yang diterima tidak menepati standard yang sepatutnya.

Sebahagian daripada topeng muka itu telah pun diedarkan kepada petugas perubatan manakala selebihnya telah disimpan untuk pemeriksaan lanjut selepas aduan diterima. Di Turki pula, ‘test kit’ yang dibeli dari sebuah syarikat di China juga didapati tidak berkesan dan memenuhi piawaian negara tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...