“Sepanjang Saya Mengenali Diri dia, Apa Yang Dia Nak Semua Dia Dapat”

Trending

“Sepanjang Saya Mengenali Diri dia, Apa Yang Dia Nak Semua Dia Dapat”

Allah ini memang menunggu kita untuk meminta padaNya, kita sebagai hamba kena minta. Tengok macam mana pengemis meminta dengan kita, macam itulah kita kena mengemis meminta pada Allah.

Advertisement

Semoga perkongsian ini dapat mendidik kita agar sentiasa bersangka baik dengan Allah selain sebagai latihan untuk menambahkan keyakinan kita pada Allah.

Malam ini saya nak cerita suatu perkara yang istimewa yang boleh diteladani oleh kawan-kawan semua. Tentang bersangka baik dengan Allah.

Saya tidak pernah jumpa lagi orang yang sangka baik dia tinggi pada Allah seperti si S ini. Apa-apa masalah, yang keluar dari mulut dia,

“Takpe, Allah ada. Takpe, Allah bagi nanti. Takpe, Allah ganti,”

Dulu masa tak ada duit, tak pernah pun dia berzikir, duit takde.. duit takde.. duit takde. Dia mesti cakap, “Takpe, minta kat Allah. Allah bagi cukup nanti.”

Hasilnya? Saya dapat melihat dia ada hubungan yang ‘istimewa’ dengan Allah.

Sepanjang saya mengenali dia, apa yang dia nak semua dia dapat. Tapi dalam meminta masih tahu batas dan tidak meminta melebih-lebih. Bab anak dia mengaku dia mengalah. Dia pesan, Allah tahu bila nak bagi.

Saya nak kongsi tips yang saya selalu nampak apa yang dia buat. Contoh pertama dulu, dia nak syarikat kami ada gudang dan office sendiri, dia akan sebut setiap hari.

“Tak lama lagi kita nak ada gudang dan office ni.”

Bila di rumah, tiba-tiba dia akan masuk bilik dan cakap, “Ha, I dah minta kat Allah tadi supaya bagi kita gudang dan office.”

Cara dia meminta, dia selalu doa dan solat dua rakaat. Doa dia bukan atas tikar sejadah saja. Tiba-tiba tengah makan ke, main handphone ke, tengah pakai baju atau ketika sedang memandu, dia akan cakap,

“Ya Allah, bagilah kami gudang dan office yang selesa tahun ini.”

Dia akan selalu sebut dan akhirnya doa makbul walaupun dengan kondisi waktu itu sangat mustahil bagi kami.

Dan banyak lagi episod-episod ajaib yang saya lihat sendiri. Cuma biarlah saya simpan untuk pengajaran dan pelajaran pada saya yang Allah itu dekat dan sentiasa selalu bersangka baik dengan Allah dan rajin meminta. Kita ini semua hamba Allah yang miskin tiada apa-apa. Memang sifat hamba adalah meminta.

Saya mengaku saya lemah. Saya sangka baik dengan Allah tetapi kadang-kadang rasa diri tidak layak dan selalu rasa Allah tak akan makbulkan doa saya. Mungkin disitulah hijabnya.

Dulu zaman para sahabat, bila mereka meminta sesuatu dari Allah dan mereka tak dapat, mereka akan jadi pelik dan akan periksa di mana silapnya. Tetapi zaman sekarang, bila dapat sesuatu, kita jadi pelik pula. Itulah saya. Bila dapat nikmat apa-apa, rasa pelik sebab macam tak layak.

Pengajarannya di sini, apa yang kita selalu sebut dan sangka adalah doa. Ini tidak boleh disangkal lagi. Jika setiap hari sentiasa berzikir duit tiada, duit tak cukup, hidup susah, maka itulah yang Allah beri. Sangka baik dengan Allah tanpa ada sebarang tapi.

Dan akhir sekarang, belajar minta secara terus dengan Allah dulu kemudian baru usahakan asbab. Mintalah apa pun hatta nak makan KFC esok hari sekalipun. InshaAllah ini semua latihan untuk tambah sifat yakin kita pada Allah.

Saya pun masih lemah lagi, saya harap dapat hidup bersama dengan dia lebih lama lagi untuk belajar macam-macam lagi tentang yakin pada Allah. Dari dialah saya belajar dan dapat rasa yang Allah ini dekat, mudah nak rach dan Maha Mendengar.

Kredit : Farihah Zulkifle

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...