Sepanjang Perintah Kawalan Gerakan, Tonton Pelbagai Saluran Filem Di Astro Secara Percuma

Trending

Sepanjang Perintah Kawalan Gerakan, Tonton Pelbagai Saluran Filem Di Astro Secara Percuma

18 Mac 2020 menandakan permulaan kepada Perintah Kawalan Gerakan yang diperintahkan bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat Malaysia. Setakat hari ini, sudah 673 jumlah kes yang telah dilaporkan dan 49 daripadanya sudah pun sembuh dan discaj. Menyedihkan apabila negara kita mencatatkan kematian pertama apabila dua daripada pesakit positif ini tidak dapat diselamatkan.

Susulan dengan pergerakan yang terhad oleh rakyat Malaysia, ramai kini yang sudah mula bercuti atau pun mula bekerja daripada rumah sehingga hujung bulan ini. Mesti ada yang buntu kerana jadual harian yang berubah kan? Bagi mengisi masa lapang itu, anda kini boleh menonton Astro sepuasnya kerana rangkaian ini telah memberikan akses percuma kepada semua saluran filem untuk para pelanggannya.

Advertisement

percuma akses astro bermula 18 mac

Berikut ialah senarai yang boleh ditonton secara percuma bermula daripada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 ini:

  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies
  • Celestial Classic Movies

Anda boleh menonton kesemua saluran ini di mana-mana platform Astro, sama ada terus di kaca televisyen atau pun menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk pelanggan NJOI pula, anda turut mendapat akses percuma untuk dua saluran lain iaitu KIX dan NAT GEO WILD. Seronoknya!

Habiskan masa anda dengan menonton segala filem hebat secara percuma melalui Astro!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...