“Sepanjang Kahwin Aku Tak Pernah Naik Suara..” – Baru Setahun Bersama, Lelaki Kecewa Isteri Curang Dengan Rakan Universiti

Kehidupan

“Sepanjang Kahwin Aku Tak Pernah Naik Suara..” – Baru Setahun Bersama, Lelaki Kecewa Isteri Curang Dengan Rakan Universiti

Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi kisah di aplikasi X peritnya apabila mendakwa isterinya tidak jujur dan curang bersama lelaki lain. Yang lebih menyedihkan apabila wanita tersebut tergamak bermain kayu tiga meskipun perkahwinan mereka baru setahun.

Kantoi pukul 3 pagi

Menurut sang suami ini, dia berkata bahawa isterinya itu mula sibuk semenjak bulan Disember lalu dan sering outstation untuk bekerja. Satu malam, lelaki ini terbangun sekitar 3 pagi untuk menunaikan solat Tahajud dan terlihat telefon isterinya menerima banyak notifikasi dipercayai daripada individu itu.

Advertisement

Dah kahwin tahun lepas bulan Februari. Baru-baru ini start bulan 12 wife aku asyik outstation, kerja busy katanya.

 

Semalam aku tiba-tiba bangun pukul 3 pagi lebih macam tu sebab nak Tahajud. Time aku solat, phone wife aku asyik berbunyi notifikasi spam.

 

Aku tergerak hati nak check. Ada nama dia save D******. Aku speechless kejap.

phoneSumber : Gambar Hiasan  

Hanya kawan universiti

Susulan itu, si suami ini telah bertanya terus kepada isterinya tentang kejadian tersebut dan isterinya pula dengan nada tengking, menafikan dan berkata itu hanyalah rakannya dari universiti.

Lelaki ini juga berkata bahawa dirinya terlalu sayangkan isterinya yang memang sopan dan baik sebelum mereka berkahwin. Difahamkan juga, lelaki ini telah meletakkan nama isterinya pada sebahagian harta miliknya.

Nak tahu apa dia cakap? Itu kawan lama dia time dekat universiti dulu. Cakap dalam nada tengking, tinggi. So far sepanjang aku kahwin, aku tak pernah naik suara, pukul dia.

 

Aku kalau boleh taknak cerai. Doakan aku dapat selesaikan masalah ni.

gaduhSumber : Gambar Hiasan  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri curang
11 months ago

Netizen Geram Dengan Tindakan Lelaki Ini Lepas Dapat Tahu Isteri Curang Bersama 'Officemate' - "Kau Bod*h Bang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...