Pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin berkata bahawa dia sebenarnya tidak pernah meminta untuk melakonkan babak mesra seperti ‘mendukung’ heroin dalam mana-mana naskah filem atau drama.
Jelasnya, babak-babak mesra yang ditayangkan itu adalah arahan pengarah dan daripada skrip yang disediakan.
Saya datang set penggambaran, salam heroin pun tidak. Tapi sekarang ni saya dikritik. Kalau Zul saja mesti ‘dukung..dukung’.
Bukanlah dikatakan sebagai mangsa, tapi tu permainan industri. Saya boleh ‘bermain’ dengan perkara itu, saya tak kisah. Tapi mampukah pelakon lain buat benda yang sama.
Zul berkata demikian bagi mengulas mengenai satu video yang pernah tular di mana ia memaparkan babak ‘terlebih mesra’ dengan satu pelakon baru.
Jelas Zul, video tersebut belum ditayangkan di TV dan hanya dimuat naik di Instagram sebelum dipadam. Namun katanya, drama lain yang ditayangkan dan mempunyai babak mesra yang seumpama itu telah ‘lepas’ untuk disiarkan.
Pernah dikritik hebat, Zul hanya memilih untuk mendiamkan diri kerana menghormati pelakon yang lain.
Berikutan itu, Zul yang sudah pun lebih 15 tahun berada dalam dunia seni kini memilih untuk beraksi di layar perak berbanding drama.
“Jadi bila saya tengok ‘permainan’ begitu, saya tidak mahu salahkan siapa-siapalah. Jadi saya rasa macam ,tak bolehlah. Dah lama dah ‘main game’ ni. Undur diri sekejaplah” katanya.
Meskipun begitu, dia masih bersyukur kerana masih mendapat tawaran berlakon meskipun usianya sudah mencecah 36 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.