“Sepanjang 9 Bulan, Saya Tak Sedar Janin Dalam Rahim” – Wanita Terperanjat Tiba-Tiba Beranak Atas Sofa

Kehidupan

“Sepanjang 9 Bulan, Saya Tak Sedar Janin Dalam Rahim” – Wanita Terperanjat Tiba-Tiba Beranak Atas Sofa

Seorang ibu berkongsi pengalamannya melahirkan anak yang tanpa disedari berada dalam kandungannya sejak sembilan bulan lalu.

Menerusi hantaran wanita yang dikenali sebagai Eyka Ikaa di Facebook, dia berkongsi kisah tentang bayi ‘ajaib’ yang dikandung tanpa sebarang simptom kehamilan seperti wanita-wanita lain.

Advertisement

Menurut Eyka, kitaran haidnya berlaku seperti biasa dan normal serta apa yang lebih memeranjatkan apabila dalam tempoh sembilan bulan tersebut dia juga membuat pengambilan pil perancang.

Haid Datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran 5 ke 6 hari. Pil perancang makan setiap bulan dan tak pernah skip.”

Bercerita lebih lanjut, Eyka memaklumkan sehari sebelum melahirkan bayi berkenaan, dia hanya terasa sakit perut dan muntah beberapa kali.

Tambahnya lagi, dia juga mengajak suaminya pergi mendapatkan rawatan di hospital kerana berasa tidak selesa di bahagian perut.

Walau bagaimanapun, belum sempat Eyka ke hospital, dia melahirkan bayi perempuan di atas sofa yang disambut oleh suami.

Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi. Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana sudah tidak tahan. Saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami.”

Jelasnya lagi, sepanjang sembilan bulan dia tidak menyedari kehadiran bayi berikut kerana tiada sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit seperti pengalamannya mengandungkan anak pertama.

Sepanjang 9 bulan ,saya tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahim saya. Kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.”

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu telah pun mendapat lebih 2,000 tanda suka dan dikongsi semula 1,600 pelayar Facebook.

2 years ago

(VIDEO) 10 Tahun Tunggu Nak Anak, Lelaki Terharu Akhirnya Dapat Berita Isteri Mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...