Sepahtu Gagal Saman Fitnah Terhadap Metro Ahad

Hiburan

Sepahtu Gagal Saman Fitnah Terhadap Metro Ahad

Kumpulan pelawak Sepahtu pada Jumaat gagal dalam saman mereka terhadap kumpulan akhbar The New Straits Time Press (NSTP)(M) Berhad berhubung penerbitan satu artikel yang mendakwa seorang daripada anggota kumpulan itu mengamuk kerana tidak terpilih sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Datuk Anita Harun menolak saman yang dikemukakan anggota kumpulan itu, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Shahmira Muhamad selaku plaintif, dalam kamarnya pada Jumaat.
jep dan shuibProsiding itu dihadiri peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili kumpulan pelawak itu, manakala peguam She Yi Ooi mewakili syarikat penerbitan berkenaan selaku defendan.

Advertisement

Aizul Rohan ketika ditemui pemberita berkata tuntutan saman anak guamnya ditolak selepas mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan oleh akhbar Metro Ahad itu tidak memalukan plaintif.

Peguam itu berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.
jep dan shuib

Pada 18 Mei lepas, Mohd Nadzri, 30, atau lebih dikenali sebagai Jep dan Shahmira, 31, yang lebih dikenali sebagai Shuaib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel bertajuk “Jep mengamuk Sepahtu Kalah”, yang disiarkan melalui ruangan Cik Pang dalam akhbar Metro Ahad pada 15 Februari lalu mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap mereka.

Mereka mendakwa artikel yang menyatakan bahawa Jep mengamuk di belakang pentas dengan memaki dan mengugut untuk mendapatkan orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga tewas dalam MLM2014 adalah satu fitnah.

Kedua-dua plaintif mendakwa artikel itu antara lain membawa maksud bahawa mereka mempercayai ilmu hitam dan bomoh, tidak mempunyai semangat bersaing yang sihat, bersikap tidak matang dan tidak profesional.

Jep dan Shuib juga mendakwa artikel yang disebar luas di media sosial memberi impak negatif terhadap mereka dan menjatuhkan populariti mereka dalam kalangan masyarakat serta artis tempatan.

Oleh itu, mereka memohon deklarasi bahawa kenyataan libel yang disiarkan defendan adalah fitnah selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, kos serta dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan NSTP yang difailkan pada Julai lalu, defendan menafikan perkataan-perkataan dalam artikel itu mengandungi unsur fitnah.

Syarikat penerbitan itu mendakwa telah secara jujur tanpa niat jahat dan berdasarkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab telah melaporkan secara langsung keadaan dan aksi semasa MLM 2014. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...