June 29th, 2011

sepah hampir berpecah

Inilah namanya tekanan. Rasanya kalau Sepah benar-benar berpecah, memang ramai yang akan kecewa. Almaklumlah lawak Sepah walaupun agak kasar tetapi memang kena dengan jiwa orang Melayu. Lawak mereka ialah lawak yang sering berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Itu sebab mereka berjaya bergelar juara Maharaja Lawak.

Akibat tekanan untuk memberikan persembahan yang terbaik pada final Maharaja Lawak baru-baru ini, Jepp Sepah akibat terlalu tertekan mahu membubarkan kumpulan Sepah dan membawa haluan masing-masing. Rupa-rupanya semasa rehearsal pun persembahan kumpulan Sepah hanya siap separuh sahaja akibat kekeringan idea. Kata Jepp:

Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak. Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham

Secara individu, Abang Nara harap Sepah akan maintain berkumpulan dan jangan berpecah. Nama Sepah dah cukup kuat. Cuma sekarang ini Sepah perlu bijak mencari peluang untuk buat program mereka sendiri untuk mengekalkan momentum Maharaja Lawak. Yang penting, kena buat program lawak jugak barulah ramai yang akan tengok. Tak gitu?

Akhir kata, walaupun ramai yang bengang Jozan tak bergelar juara Maharaja Lawak, pendapat Abang Nara, Sepah sememangnya layak merangkul gelaran tersebut.


Comments are closed.

Loading...