Di pagi Rabu yang lalu, Abang Nara dan wife telah pun pergi ke Le Meridien.
Kami pergi bukan nak sarapan pagi di sana, tetapi untuk menghadiri majlis pelancaran susu Dumil Mama yang Abang Nara pernah ceritakan di dalam entri ini.
Dan Abang Nara rasa sangat bertuah kerana dapat menghadiri majlis pelancaran ini kerana banyak perkara baru tentang khasiat susu Dumil Mama yang telah Abang Nara pelajari. Â Antaranya:-
1. Untuk melahirkan bayi yang sihat dan cerdas, ianya bermula daripada dalam kandungan lagi
2. Dumil Mama mengandungi kesemua khasiat yang diperlukan oleh kandungan dan juga si ibu.
3. Kandungan Dumil Mama adalah berdasarkan saranan Malaysia RNI.
Dan Abang Nara sempat bertanyakan satu soalan yang berbunyi begini semasa sesi soalan jawap:-
Kalau wife saya pergi check up, doktor akan memberikan vitamin-vitamin untuk dimakan oleh wife saya. Adakah kalau wife saya makan vitamin-vitamin tersebut dan mengamalkan minum Dumil Mama akan menyebabkan kandungan kami terlebih zat?
Soalan tersebut telah dijawap dengan tenangnya oleh Head of R&D Dumex sendiri. Jawapannya lebih kurang begini:-
Terlebih zat tidak akan berlaku kerana kami telah pun mengambil kira bab pemberian vitamin-vitamin oleh doktor semasa membuat research tentang Dumil Mama ini. Jadi tak perlu risau tentang over nutrious oleh kandungan anda
Kagum sebentar Abang Nara dibuatnya dengan jawapan daripada pihak Dumex. Tak sangka perkara sekecil itu pun diberi perhatian khusus oleh mereka. Patutlah Dumex telah menjadi leader di dalam pasaran susu selama 53 tahun berada di Malaysia. Respek!!!
Nampak tak wajah gembira dan perut wife Abang Nara yang sudah mula membesar di dalam gambar di atas? Alhamdulillah, dengan izin dariNya, sejak mengamalkan meminum Dumil Mama, wife Abang Nara sentiasa ceria. Kandungan pun nampak sihat. Terima kasih sekali lagi Dumil Mama.