Seorang Warga Indonesia Dibakar Hidup-Hidup Kerana Tidak Mengaku Mencuri

Kehidupan

Seorang Warga Indonesia Dibakar Hidup-Hidup Kerana Tidak Mengaku Mencuri

Seorang transgender yang dikenali sebagai Mira dilaporkan telah dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan samseng di Cilincing, Jakarta Utara, Indonesia.

Mira dikatakan dibakar kerana dirinya tidak mengaku mencuri telefon dan dompet seorang pemandu trak.

Gambar Hiasan

Advertisement

Difahamkan, seramai 7 orang anggota samseng telah terlibat dalam kes ini.

Menurut cerita dari rakan-rakan Mira yang turut berada di tempat kejadian semasa insiden itu berlaku, sekumpulan samseng tersebut tetap menuduh Mira mencuri barang berkenaan walaupun tiada sebarang bukti yang dijumpai selepas menggeledah rumahnya ketika itu.

Mangsa dikatakan telah dipukul dan didesak supaya membuat pengakuan.

Oleh kerana Mira tetap menafikan perbuatan tersebut, samseng berkenaan terus bertindak menuangkan kira-kira 2 liter petrol ke atas Mira sebelum bertindak membakarnya hidup-hidup.

Kau mahu mengaku atau tidak? Sekiranya tidak, aku bakar kau.

Ketika kejadian itu berlaku, Mira kemudiannya dikatakan melarikan diri dalam keadaan terbakar untuk mendapatkan bantuan.

Masyarakat sekitar yang melihat kejadian itu, terus membantu Mira dengan membawanya ke Hospital Daerah di Jakarta Utara untuk mendapatkan rawatan. Mira dikatakan telah meninggal dunia pada keesokan harinya.

Kejadian itu dikatakan telah berlaku pada 4 April lalu.

Walau bagaimanapun, pihak polis Cilincing masih tidak memberikan sebarang butiran mengenai kes ini.

Kami masih mencari penjenayah. Tolong doakan untuk kami supaya kami dapat menemukannya.

Kumpulan hak LGBT Arus Pelangi telah membuka tabung derma untuk membantu pembiayaan sebarang perbelanjaan yang perlu ditanggung waris.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...