Seorang pengguna utiliti dari Pennsylvania terkejut besar apabila bil bulanan elektrik beliau menunjukkan satu angka yang diluar janggkaan – sebanyak USD284 bilion – setelah membuat semakan.
Mary Horomanski, 58, menyemak penyata akaunnya secara online pada awal bulan dan terkejut apabila sebanayak USD284,460,000,000 dikenakan ke atas beliau oleh Penelec, syarikat pembekal elektrik beliau.
Biji mata saya hampir tersembur keluar apabila melihat penyata tersebut
Namun begitu Penelec telah membetulkan penyata bil tersebut dan baki sebenar yang perlu dibayar hanyalah sebanyak USD284.46 sahaja setelah anak beliau membuat panggilan kepada syarikat tersebut.
Menurut jurucakap Penelec, terdapat kesulitan yang dialami yang menyebabkan titik perpuluhan yang salah direkodkan.
Pihak Penelec juga berasa pelik akan kejadian itu dan memberitahu pihak media yang setakat ini belum pernah ada lagi di antara pelanggan mereka yang mendapat penyata bil yang berjumlah sebesar itu.
Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada anak lelaki Mary kerana bertindak pantas untuk melaporkan kejadian itu kepada pihaknya.