Tak Bagi Signal Punya Pasal, Seorang Wanita Dibelasah Teruk

Trending

Tak Bagi Signal Punya Pasal, Seorang Wanita Dibelasah Teruk

Kerana tidak memberikan signal (isyarat) ketika masuk simpang, seorang wanita ditumbuk dan ditampar oleh seorang lelaki yang mengamuk tular semalam di laman sosial.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Datuk Keramat, semalam.

Advertisement

Dipetik dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Suprintendan Noor Azmi Yusoff berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda Dash telah datang dari arah belakang kereta jenis Honda Civic dipandu wanita itu

Suspek memaki dan mengeluarkan kata kesat kepada pengadu dengan menuduh wanita tersebut tidak menggunakan isyarat ketika masuk simpang.

Seterusnya, suspek membuka helmetnya lalu menghentak atas bumbung kereta pengadu.

Katanya, suspek bertindak agresif menumbuk kepala dan menampar muka pengadu ketika wanita tersebut keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan kereta.

Pengadu dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan kemudiannya telah membuat laporan polis.

Pengadu juga telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Noor Azmi berkata, usaha mengesan suspek yang mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan kes khianat dipergiatkan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor R Sivanathan di talian 016-590 3985 atau talian bebas Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...