Seorang Wanita Bunuh Anak Sendiri, Mayat Dikerat Kerat Hingga Darah Mengalir Ke Rumah Jiran

Trending

Seorang Wanita Bunuh Anak Sendiri, Mayat Dikerat Kerat Hingga Darah Mengalir Ke Rumah Jiran

Seorang wanita di Hong Kong ditahan polis atas pembunuhan anak perempuannya yang berusia 12 tahun di flat Mong Kok pada Ahad malam dengan keadaan mayat ditemui dikerat kerat.

Advertisement

Pasukan polis tiba di tempat kejadian selepas jam 9 malam kerana seorang jiran mengadu bahawa suspek yang berusia 37 tahun itu tidak menjawab panggilan telefon, lapor South China Morning Post.

Suspek itu ditemui berdiri di luar unit kediamannya ketika polis sampai ke tempat kejadian.

Memandangkan dia enggan memberi kerjasama, pihak polis terpaksa memecah masuk kediaman berkeluasan 60 kaki persegi itu.

Sejurus memasukinya, polis menjumpai cebisan-cebisan mayat budak perempuan yang telah dikerat-kerat di dalam bilik air.

“Kepala, organ dan tubuh mangsa telah dipotong-potong. Air dan darah membanjiri ruang tersebut hingga mengalir ke unit kediaman jiran lain.” – Timbalan Ketua Polis Daerah Mong Kok, Chung Chi-ming

Pihak polis berkata, wanita itu tiada rekod masalah mental atau keganasan domestik sebelum ini.

Dia juga merupakan penduduk yang lama tinggal di bandar raya itu, dan polis sedang cuba mengesan bapa kepada mangsa tersebut.

Apabila ditanya sama ada wanita itu kelihatan dalam keadaan terpinga-pinga atau melawan ketika ditahan, Chung cuma berkata, suspek tidak memberi kerjasama kepada anggota polis ketika itu.

“Kami terpaksa menunggu sehingga dia boleh memberi respons sebelum memulakan siasatan,” katanya.

Seorang jiran yang tinggal berdekatan lokasi kejadian, pada Isnin berkata, dia mendengar bunyi seperti ‘sesuatu sedang dipotong-potong’ selama setengah jam sekitar jam 3 pagi pada Ahad. Dia juga terhidu bahan antiseptik yang kuat.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Tsui, memberitahu, pernah beberapa kali menyapa suspek tetapi tidak pernah melihat anak perempuannya itu.

Chung berkata, pihak polis sedang mencari peralatan yang digunakan suspek dalam kes tersebut. Pasukan patologi forensik juga sudah mula menjalankan tugas mereka di lokasi kejadian pada Isnin pagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...