Seorang Tenaga Pengajar Positif COVID-19, UTHM Pagoh Ditutup

Trending

Seorang Tenaga Pengajar Positif COVID-19, UTHM Pagoh Ditutup

Susulan wabak coronavirus yang semakin meningkat di negara kita, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus Pagoh yang terletak di Muar telah diarahkan tutup.

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM menyatakan tindakan ini dibuat untuk menjaga keselamatan staf dan pelajarnya daripada penularan wabak itu. Hal ini kerana, seorang kakitangan yang juga tenaga pengajar di kampus cawangan berkenaan telah disahkan positif Covid-19.

Advertisement

Menurut maklumat yang diperoleh, kakitangan terbabit telah dipercayai adalah salah satu individu yang terlibat dengan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu dan kini sedang menerima rawatan saringan di Hospital Permai, Johor Bahru .

Dalam mengambil langkah berjaga-jaga, pihak UTHM sudah membuat laporan pengesahan kontak rapat staf tersebut untuk memastikan mereka melakukan ujian saringan yang diadakan bermula hari ini di Kampus Pagoh dan di Kampus Induk, Parit Raja.

uthm pagoh

Menurut Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly, dipercayai seramai hampir 3,000 kakitangan serta pelajar yang terjejas di Kampus Pagoh telah diarahkan mengikuti kuliah dan kelas secara dalam talian sehingga makluman lanjut.

Proses pembersihan dan sanitasi di UTHM Kampus Pagoh juga sedang giat dijalankan sejak semalam. Pihak pengurusan UTHM sedang berusaha bagi memastikan tahap kesihatan dan persekitaran berada dalam keadaan yang terjamin di semua Pusat Tanggungjawab di UTHM, iaitu di kedua-dua Kampus Induk di Parit Raja dan Kampus Pagoh kekal.

Langkah segera telah dilaksanakan sehingga 31 Mac 2020 iaitu menangguh semua aktiviti dan perhimpunan melibatkan pelajar dan staf di Kampus Induk dan Kampus Pagoh.

Dalam berita lain, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara juga ditutup sehingga keadaan mengizinkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...