Seorang Remaja Lembam Usia 16 Tahun Diperkosa Kenalan Aplikasi ‘Dating’ Dalam Talian

Berita

Seorang Remaja Lembam Usia 16 Tahun Diperkosa Kenalan Aplikasi ‘Dating’ Dalam Talian

Memetik laporan Kosmo Online, seorang lelaki telah ditahan polis setelah dia dipercayai memperkosa seorang remaja perempuan berstatus OKU Lembam di Ampang, 17 Ogos lalu.

Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail di mana dia memaklumkan suspek berusia 24 tahun dan berkenalan dengan mangsa di aplikasi Litmatch.

Advertisement

Seorang remaja perempuan lembam diperkosa

Ibu mangsa, 36, telah bertanyakan kepada mangsa mengenai televisyen litar tertutup (CCTV) yang tidak berfungsi di ruang tamu.

Mangsa yang tidak bersekolah itu memaklumkan suspek telah datang ke rumah dan telah memperkosanya tanpa kerelaan.

Hasil siatan mendapati mangsa telah mencabut CCTV tersebut ketika membenarkan suspek masuk ke rumah.

Seorang remaja lembam diperkosa aplikasi litmatch

Suspek yang bekerja sebagai buruh didapati negatif dadah. Suspek yang ditahan reman selama lima hari bermula 22 Ogos sehingga hari ini akan disambung reman bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sinkhole masjid india
3 weeks ago

"Tiada Petunjuk Baru.." - Lebih 72 Jam, Wanita Jatuh Dalam 'Sinkhole' Jumaat Lalu Masih Belum Ditemui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...