Seorang peniaga di Rantau Panjang, Kelantan menggemparkan ramai apabila berjaya meraih jualan sebanayk RM600 sehari setelah mengambil peluang terhadap keghairahan orang ramai untuk bermain di kawasan banjir
Mohd Khairil Azwa, 30, berkata dia mula berniaga di lokasi banjir di kawasan itu, selepas air melimpahi kawasan itu 2 hari lalu dimana kawasan itu sering menjadi tumpuan ramai setiap tahun.
Gerainya mendapat sambutan yang hangat apabila beliau mula meniaga minuman dan makanan (sate ikan) pada jam 12 tengah hari hingga 8 malam. Dia juga menambah,
Di sini musim banjir ada kala dirai seperti pesta dengan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur datang bermain air dan kita dapat melihat aneka ragam manusia.
Beliau juga berkata, di dalam keadaan suka ria, semua masih perlu berhati-hati kerana di musim banjir, pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Agensi keselamatan seperti pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahananan Awam (APM) sentiasa ada di lokasi bagi memastikan penduduk yang mengunjungi tempat itu selamat.
Lokasi tempat beliau berniaga dikatakan lokasi yang selamat kerana paras air adalah tidak tinggi aliran air juga tidak deras.
Khairil juga berkata, fenomena pesta air berlaku hanya dalam tempoh seminggu lebih sahaja. Jadi dia akan memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk meraih keuntungan. Selepas seminggu, kebanyakan dari mereka akan sibuk untuk membersihkan rumah atau kawasan yang dinaiki air.