Seorang Maut, Tiga Pengsan Terhidu Gas Bocor Dalam Ambulans

Trending

Seorang Maut, Tiga Pengsan Terhidu Gas Bocor Dalam Ambulans

Seorang petugas kesihatan maut manakala tiga lagi pengsan di dalam ambulans dipercayai berpunca daripada kebocoran gas karbon monoksida.

Memetik laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan, bomba pada awalnya menerima maklumat terdapat kebocoran gas di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok kira-kira jam 9.30 pagi.

Advertisement

Seramai 35 orang anggota telah dikerahkan ke lokasi namun pemeriksaan mendapati tiada sebarang kebocoran gas berlaku.

“Pihak Klinik Kesihatan memaklumkan seorang petugas klinik itu rebah tiba-tiba selepas mengadu sakit dada sebelum tiga petugas lain membawa mangsa ke hospital menggunakan sebuah ambulans.”

Jelasnya, sebaik tiba di Hospital Port Dickson, mangsa dan tiga petugas yang berada di belakang tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia. Manakala tiga yang pengsan diberi rawatan lanjut.

gas bocor dalam ambulans

Foto: Sinar Harian

Dalam laporan terbaru, Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris memaklumkan ujian pengesanan gas dalam tempoh 10 minit perjalanan mendapati bacaan kandungan gas karbon monoksida dalam kabin ambulans berkenaan tinggi sehingga mencecah 87 ppm.

Malah, pihak hospital mengesahkan menjumpai gas sama dalam paru-paru mangsa pengsan yang kini berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan kejadian sama turut berlaku semalam (Rabu) di mana seorang petugas kesihatan pengsan apabila menaiki ambulans berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...