Seorang Lelaki Selamatkan Gadis Hampir Dicabul Dalam Tren, Ini Pesanan Lelaki Tersebut Untuk Semua Wanita

Trending

Seorang Lelaki Selamatkan Gadis Hampir Dicabul Dalam Tren, Ini Pesanan Lelaki Tersebut Untuk Semua Wanita

Ramai rakyat Malaysia sekarang ini pilih untuk menggunakan perkhimatan bas awam, komuter atau LRT untuk ke destinasi masing-masing bukan je dapat elak dari terperangkap dalam traffic jammed malah menjimatkan kos dan mudah.

Advertisement

Namun, kesesakan yang melampau pada waktu puncak membuatkan pengguna berasa tidak selesa, ditambah pula dengan segelintir individu yang suka mengambil kesempatan dengan sengaja menggeselkan badan ke badan wanita lain. Memang kurang ajar.

Perasan gadis Cina ni macam mendengus dan bergerak

Hari ini aku naik komuter balik ke rumah dari KL Sentral. Waktu puncak. Jadi tiada tempat duduk.

Aku berdiri depan pintu masuk. Depan aku ada seorang gadis muda Cina (seperti pelajar kolej) berdiri bersama bagasi. Di sebelah gadis Cina ada seorang lelaki Arab berdiri.

Macam biasa, aku akan buka buku dan baca dalam tren. Sebelum sampai Bank Negara, aku tiba-tiba perasan gadis Cina ni macam mendengus dan bergerak sedikit hampir kepada aku. Aku beri ruang.

Selepas Bank Negara, aku perasan macam gadis Cina ni macam tak keruan. Asyik nak bergerak menjauhkan dari sesuatu. Aku tutup buku.

Aku perasan gadis Cina ni selang beberapa saat pasti tengok tangan lelaki Arab di sebelahnya.

Aku tengok lelaki Arab tu. Dia pula asyik-asyik tenung badan gadis Cina.

Sah. Mesti ada tak kena dengan lelaki Arab ni. Aku perhati saja.

Lelaki Arab selalu hayun tangan. Konon macam nak pegang tiang situ, nak pegang pintu sini. Nak keluarkan telefon bimbitlah. Nak garu badanlah. Tapi pegerakan tangan dia semua macam nak menyentuh gadis Cina ni.

Aku dah panas. Aku tenung dia lama-lama. Tapi dia buat tak tahu.

Seorang lelaki Arab cuba menyentuh gadis Cina itu tapi tak kena

Menghampiri stesen Putra. Tren nak berhenti. Dia buat pula badannya konon nak terikut bergoyang sehingga hampir nak menyentuh ke gadis Cina ni. Tak sempat kena. Sebab aku dah mendengus. Dia cepat berdiri tegak semula.

Aku tanya gadis Cina tu sedikit perlahan.

“Did he touch you?”

Tak jawab. Tunduk muka. Dalam hati aku, tak faham Bahasa Inggeris ke dia ni.

Lelaki Arab tu buat perangai hayun tangan nak menghampiri badan gadis Cina tu lagi. Gadis Cina tu dah rapatkan tangannya ke badan.

Aku tanya lagi. Sedikit perlahan.

“Dia tadi pegang you ke?”

Tak jawab. Tunduk muka. Dalam hati aku, tak faham Bahasa Melayu ke dia ni.

Aku tenung laki Arab tu. Hati makin panas. Rasa nak tumbuk saja muka. Sebabnya dia masih lagi nak buat-buat hayun tangan. Mulut aku dah kumat kamit mencarut. Entah berapa banyak pahala puasa aku habis.

Aku cepat-cepat suruh dia masuk ke dalam sedikit & lelaki Arab cuba mengekori

Selepas stesen Segambut, aku suruh gadis Cina tu bergerak bahagian dalam sedikit menjauhi pintu dan laki Arab.

Cepat-cepat dia masuk. Sampai tergoleklah bagasi dia. Eh, faham pula gadis Cina ni, dalam hati aku berkata.

Tak lama lepas tu, laki Arab ni buat cuba-cuba nak masuk dalam. Aku halang dia. Berdirilah kau di belakang aku. Kalau kau raba punggung aku, buka puasa makan penyepaklah jawabnya.

Barulah aku nampak gadis Cina ni tadi jadi selesa. Memang sah lelaki Arab tu cuba mencabul.

Lelaki Arab tu turun di Kepong.

Gadis Cina tu turun di Kepong Sentral. Tapi dia sempat tengok aku dan anggukkan kepala sebelum turun.

Wanita, mintalah tolong orang sekeliling

Kepada perempuan Malaysia, kalau kena raba tu silalah minta tolong orang sekeliling. Kalau orang dah tanya tu, silalah jawab. Aku memanglah spesis kurus melidi. Tapi aku pun akan minta tolong orang lain sama-sama “uruskan” lelaki macam ni. Lagi pula laki pendatang asing. Mencabul ni hina.

Kepada gadis Cina, jangan kau ingat kerana aku Melayu dan Islam, aku tak akan tolong kau. Jangan kau ingat aku akan pertahankan tindakan lelaki Arab yang sama agama dengan aku.

Tak kira lah samada kau perempuan Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Serani, Bidayuh, Jakun. Atau Buddha, Kristian, Hindu, Freethinker. Kalau ada lelaki macam ni cuba mencabul, ramai lelaki yang berlainan bangsa dan agama dengan kau sedia menolong. Cuma tolong beritahu sajalah.

sumber: Mohd Norhafiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...