Seorang Lelaki Maut Selepas Cuba Curi Bekalan Elektrik Berhampiran Kilang

Trending

Seorang Lelaki Maut Selepas Cuba Curi Bekalan Elektrik Berhampiran Kilang

Cubaan seorang lelaki mencuri bekalan elektrik di belakang sebuah kilang membawa padah apabila ditemui maut berdekatan dengan penempatan Setinggan Kampung Lembaga Padi, Sabah.

Dalam kejadian yang berlaku Ahad lalu, ianya disedari oleh pekerja kilang dan terus memaklumkan kepada polis selepas dia menemui seorang lelaki yang terbaring.

Advertisement

Supritendan George Abd Rahman selaku Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu berkata, siasatan awal mendapati lelaku lingkunagn 30-1n itu ditemui dengan keadaan tangan kanannya menggenggam kabel elektrik yang dipercayai cuba untuk mencuri bekalan elektrik.

“Menurut saksi yang juga pekerja kilang berkenaan memberitahu, mereka terdengar ada suara antara dua hingga tiga orang di belakang kilang kira-kira jam 3 pagi”

“Pada sebelah pagi, saksi mendakwa ternampak seorang lelaki terbaring di parit dan terus memaklumkan kepada pengurus kilang untuk membuat laporan polis.”

Dalam pemeriksaan lanjut, didapati banyak kabel dipercayai digunakan untuk mencuri kuasa elektrik termasuk penyambungan ke tiang elektrik di luar kilang berkenaan.

Susulan itu, pihak Sabah Elctricity Sdn Bhd (SESB) dihubungi untuk mematikan aliran elektrik di kawasan berkenaan.

Siasatan lanjut di tempat kejadian juga tidak menunjukkan berlaku sebarang tanda-tanda perbuatan jenayah untuk dikaitkan sebagai punca kematian.

Dalam hal itu, mayat mangsa sudah dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk mengetahui punca sebenar kematian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...