Seorang Lelaki Gagal Ujian Pernafasan Alkohol Gara-Gara Makan Durian Banyak

Trending

Seorang Lelaki Gagal Ujian Pernafasan Alkohol Gara-Gara Makan Durian Banyak

Siapa sahaja tak suka makan buah durian? kalau makan seulas durian manalah cukupkan? Tetapi beringatlah semasa anda menikmati durian.

Jangan makan berlebihan hingga menjejaskan aktiviti harian anda hingga menganggu orang lain.

Advertisement

Di China, gara-gara makan durian dalam kuantiti yang banyak, seorang lelaki  didakwa gagal menjalani ujian pernafasan alkohol.

Menurut laman video Pear Video, lelaki di daerah Rudong, wilayah Jiangsu itu ditahan polis kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol pada 17 April lalu.

Dia turut berang kerana gagal dalam ujian itu.

Saya baru lepas makan durian!” jerit lelaki itu yang mana gelagatnya turut dirakamkan.

Ujian darah yang dilakukan ke atasnya bagaimanapun membuktikan dia bebas alkohol.

Insiden itu menyebabkan polis tempatan melakukan ‘ujian sendiri’.

Dalam siasatan pada 29 April lalu, Pear Video menunjukkan seorang anggota polis menjalani ujian pernafasan tersebut selepas memakan beberapa ulas buah durian dan tahap paras alkohol lelaki itu adalah 36 miligram (mg) untuk setiap 100 mililiter (ml).

Paras alkohol dalam darah yang dibenarkan di China adalah 0.02 peratus atau kira-kira 20 mg untuk setiap 100 ml.

Terdapat juga aduan dalam talian bahawa pihak polis mungkin bergantung pada peralatan ketinggalan zaman, dan bukannya menggunakan deria bau iaitu hidung.

Ini bukan pertama kali pernafasan telah diteliti untuk menunjukkan hasil positif bagi produk bukan alkohol.

Pada bulan Januari lepas,  seorang pemandu lori Australia menjadi menjadi viral apabila beliau memakan roti berbentuk salib yang panas boleh menghasilkan bacaan positif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...