Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar baru-baru ini ada membuat pendedahan mengenai satu kes amang seksual melibatkan seorang remaja dan juga pendakwah selebriti terkenal.
Memetik Sinar HarianSinar Harian, Nurul Izzah memaklumkan insiden tersebut berlaku apabila remaja yang masih melanjutkan pelajaran itu diajak pendakwah selebriti berkenaan untuk menonton konsert nasyid di sebuah negeri.

Sinar Harian
Remaja itu difahamkan mengikuti ajakan pendakwah itu namun pada malam kejadian, dia diganggu secara seksual di sebuah bilik hotel.
Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan kemudian mengurung diri selama 5 jam sebelum melarikan diri ketika suspek sedang tidur.
Remaja itu kemudian memaklumkan insiden itu kepada keluarganya dan segera membuat laporan polis.
Namun apa yang lebih mengharukan, banyak laporan polis sudah dibuat terhadap pendakwah berkenaan namun tiada tindakan lanjut.
Menurut Nurul Izzah, mangsa dan keluarga kini berada dalam keadaan tertekan kerana diancam saman atas dakwaan memfitnah oleh pendakwah itu.
Nurul Izzah dengan tegas memaklumkan akan melindungi mangsa dan menegakkan keadilan sewajarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.