Seorang Lagi Doktor Wuhan Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Trending

Seorang Lagi Doktor Wuhan Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Akaun WeChat rasmi Hospital Xiehe Jiangbei atau Hospital Rakyat Daerah Caidian telah mengeluarkan pengumuman pada 23 Februari bahawa Dr Xia Sisi, telah meninggal dunia pada pagi ini.

Pengumuman itu memaklumkan bahawa Xia Sisi, seorang ahli gastroenterologi, Hospital Xiehe Jiangbei atau Hospital Rakyat Daerah Caidian, berusia 29 tahun. Dalam perjuangan melawan epidemik itu, dia malangnya telah dijangkiti Covid-19. Dia dimasukkan ke hospital pada 19 Januari dan hospital telah memberinya rawatan dengan sepenuhnya.

Keadaannya menjadi bertambah teruk pada 7 Februari, dan dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Zhongnan di Wuhan untuk rawatan. Pada 6.30 pagi 23 Februari, Dr Xia disahkan meninggal dunia. Hospital mengucapkan tahziah kepada ahli keluarga Dr. Xia. – amazingnara.com

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...