Seorang Ibu Panik Anak Usia 2 Tahun Tertelan Gelang Emas

Trending

Seorang Ibu Panik Anak Usia 2 Tahun Tertelan Gelang Emas

Setiap ibubapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, situasi-situasi yang tidak diingini pasti akan berlaku dan sudah pasti ibubapa tidak mahu hal tersebut terjadi terhadap anak-anak mereka.

Seorang wanita berkongsi kisahnya di Facebook apabila dia perlu berdepan detik cemas ketika anak perempuannya berusia dua tahun tertelan aksesori gelang atau charms sehingga perlu dimasukkan ke hospital, semalam.

Advertisement

Wanita berkenaan memaklumkan yang anaknya merupakan seorang anak istimewa. Tindakannya memakaikan anaknya gelang emas sebagai ikhtiar kerana pernah terbaca pemakaian emas boleh mengelakkan seseorang itu daripada jatuh sakit. Dia memakaikan pada tangan kiri anaknya kerana tangan tersebut tidak bergerak dan selalu digenggam saja.

Sumber : Facebook

Wanita itu mula sedar akan kejadian ketika pengasuh kanak-kanak tersebut membuat panggilan kepadanya pada jam 9.10 pagi mengenai kejadian tersebut.

“Mummy terus tinggalkan discussion untuk balik tengok adik. Sampai rumah, pengasuh bagi tau adik dah muntah yang bulat tu tapi bentuk handbag tak jumpa.”

Tanpa berfikir panjang, wanita berkenaan bergegas membawa anaknya ke klinik untuk buat pemeriksaan x-ray.

“Masa result x-ray keluar mummy  terkejut rasa nak rebah tengok bentuk charms handbag tu dalam perut adik. Mummy peluk adik erat-erat sambil air mata mengalir.”

Sumber : Facebook

Selepas melihat keputusan x-ray, doktor klinik mengarahkan supaya anaknya dibawa ke Hospital Selayang untuk dirujuk kepada pakar sebelum ditempatkan di bahagian kecemasan zon kuning.

“Alhamdulillah doktor kata charms tu dah masuk dalam perut bukan ke saluran pernafasan. Adik boleh discharge dengan bekalan ubatan untuk keluarkan charms tu.”

Wanita itu memaklumkan yang anaknya perlu berada dalam pemantauan dalam tempoh empat hingga lima hari. Katanya, situasi ni nampak macam tiada apa-apa tapi ianya sangat bahaya jika sudah masuk ke dalam saluran pernafasan. Tambahnya, situasi ini menjadi pengajaran buatnya dan yang pasti kejadian ini tidak dapat dilupakan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...