Seorang Doktor Mendedahkan Pengalamannya Tidak Dibenarkan Menyewa Bilik Kerana Berbangsa India

Trending

Seorang Doktor Mendedahkan Pengalamannya Tidak Dibenarkan Menyewa Bilik Kerana Berbangsa India

Isu perkauman di negara ini tidaklah sehebat yang berlaku di negara-negara Eropah. Di Malaysia, mungkin kita tidak pernah berhadapan situasi perkauman seperti kejadian protes ke atas kematian George Floyd di Amerika Syarikat.

Namun isu perkauman tetap ada dan kerap berlaku di Malaysia. Seorang doktor berkongsi di Facebook miliknya tentang salah satu isu perkauman yang sering didengari di negara ini.

Advertisement

Dia yang dikenali sebagai Ram Kumar Rao merupakan seorang doktor dari PPUM, telah berkongsi pengalaman ‘ditolak’ oleh beberapa ejen hartanah bagi menyewa bilik apabila mengetahui dia berbangsa India.

Ram mengatakan bahawa dia sebelum ini pernah membaca mengenai isu perkauman untuk penyewaan penginapan tetapi akhirnya dia sendiri mengalami pengalaman itu.

Hanya ‘blue tick’ dan tiada balasan

Dia mula mencari bilik sewa di sekitar ibu kota hampir seminggu lamanya. Namun, apabila dia menghantar pesanan ringkas untuk bertanyakan status bilik tersebut, tidak ramai yang menjawab dan kebanyakkannya hanya dibiarkan tanpa sebarang balasan.

Pada mulanya Ram beranggapan bilik-bilik tersebut sudah disewa. Bagaimanapun dia mula terfikir ianya mungkin berlaku disebabkan isu perkauman.

Dia mula memperkenalkan diri secara lebih formal dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang doktor.

” Hai, Dr Ram di sini. Saya bekerja di PPUM…” 

Namun, malangnya pesanan ringkasnya itu tetap tidak dijawab.

Bias Perkauman Dalam Penyewaan Bilik

Walaupun ada sesetengah ejen harta tanah yang membalas, janji temu yang dibuat akan dibatalkan sehari sebelumnya dengan alasan tuan rumah hanya menginginkan penyewa berbangsa cina.

Untuk menguji sama ada benar atau tidak anggapannya tentang bias perkauman ini, Dr Ram meminta bantuan seorang rakannya yang berbangsa Cina untuk menghantar pesanan kepada ejen hartanah yang sebelum ini langsung tidak pernah membalas pertanyaannya.

Seperti jangkaannya rakannya itu mendapat maklum balas dalam masa yang singkat. Dia turut pernah bertanyakan mengapakah mereka perlu mengetahui tentang status bangsanya. Jawapan yang diterima ialah pemilik hanya memilih penyewa berbangsa melayu atau cina.

Satu dalam sejuta

Ram bersyukur akhirnya dia dapat mencari bilik sewaan di kawasan SS2, Petaling Jaya dengan bantuan seorang ejen yang baik.

Namun, pengalaman Ram ini adalah salah satu kes isu perkauman dalam industri penyewaan harta tanah yang sering berlaku di negara ini. Menurut tinjauan yang dilakukan pada tahun 2019 oleh YouGov Omnibus, hampir 50% orang India di Malaysia menghadapi diskriminasi untuk menyewa tempat tinggal.

Isu perkauman tidak sepatutnya berlaku di negara kita. Setiap individu mempunyai hak kesamarataan tidak kira bangsa dan agama.

Adakah anda pernah mengalami pengalaman diskriminasi untuk menyewa tempat tinggal sebelum ini?

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...