Seorang Doktor Korban Ke-9, Ada Sejarah Perjalanan Ke Turki

Trending

Seorang Doktor Korban Ke-9, Ada Sejarah Perjalanan Ke Turki

Wabak COVID-19 semakin merunsingkan banyak pihak setelah Malaysia mencatat sebanyak 10 kematian akibat COVID-19 setakat jam 6 petang semalam. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan korban ke-9 adalah daripada kalangan kakitangan mereka sendiri iaitu seorang doktor perubatan sekali gus mencatat kes kematian pertama daripada kalangan kakitangan kesihatan.

Mangsa yang berusia 48 tahun mempunyai sejarah perjalanan ke Turki sebelum ini dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac lalu, selepas mengalami simptom Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Advertisement

“Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19.”


Mangsa atau nama penuh Dr Usman Sani Saidin, dikatakan sedang berkhidmat di hospital yang berkenaan telah disahkan positif COVID-19 sejak 18 Mac lalu dan diberikan bantuan alatan pernafasan kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot sejak 19 Mac.

Jenazah telah selamat dikebumikan selepas zuhur di Masjid Alor Merah semalam dan dikawal rapi oleh anggota polis. Anggota keluarga dikhabarkan tidak dibenarkan masuk dan menghampiri lokasi perkuburan, manakala pihak media juga tidak dibenar merakam gambar di lokasi tanah perkuburan.

Terkini Dr Noor Hisham telah membuat maklum balas mengenai penularan berita palsu mengenai gangguan operasi harian di hospital Teluk Intan berpunca dari peningkatan bilangan kes positif COVID-19 dikalangan kakitangan di sana. Beliau memaklumkan bahawa langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera dan pemantauan rapi juga telah dilaksanakan secara berterusan.

Orang ramai digesa tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menyebabkan kebimbangan ramai.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...