Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Seorang Dalam Kalangan 3 Isteri Rancang Pembunuhan Suami, Siapa Gerangan ‘Isteri Misteri’ Itu?

isteri misteri

Bukan cerita poligami biasa-biasa tahu, ‘Isteri Misteri’ ternyata membawa kelainan dalam tema ini buat penontonnya. Serius!

Jangan skeptikal dahulu, saksikan gelagat Sharnaaz Ahmad dengan tiga isterinya iaitu Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan pembantunya Azar Azmi dalam drama kerjasama di antara Viu Malaysia dan Media Prima Berhad. Dijamin tak rugi!

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

Sebelum apa-apa, mari kita kenali dulu watak utama dalam drama ini. Mesti curious kan?

Advertisement

Sharnaaz Ahmad sebagai Rizal

Dia adalah impian kepada wanita materialistik dan bagi Rizal, cinta itu seperti bunga api dan gesekan biola namun mengecewakan apabila ia diakhiri dengan letupan dan lagu sedih. Apabila dia mendapat tahu salah seorang daripada isterinya sedang merancang untuk menamatkan nyawanya, Rizal mula merencana rancangan seterusnya.

Tiz Zaqyah sebagai Emma

Dia merupakan seorang yang berdikari dan lain daripada yang lain. Emma dan Rizal merupakan pasangan kekasih sejak daripada bangku sekolah lagi. Walaupun lelaki itu pada awalnya gilakan perangai ‘bossy’nya tetapi kini dia berasa sebagai salah satu perkara dalam senarai yang perlu dihabiskan oleh wanita itu. Apabila Emma mendapati Rizal mempunyai dua isteri yang lain, dia memberikan respons yang sangat tenang. Tapi pepatah mengatakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya…

Sharifah Sakinah sebagai Yatie

Advertisement

Merupakan bekas ‘minat rempit’, Yatie ialah seorang yang menyeronokkan dan bersikap spontan. Yatie membuatkan jiwa Rizal menjadi muda semula seperti menaiki roller-coaster, namun thrill tersebut akhirnya membawa kepada tunggangan yang menakutkan. Apabila Yatie mengamuk, macam nuklear meletup dan kini lelaki itu hidup terperangkap dan dalam ketakutan. Tak pelik kalau dia boleh membunuh suaminya sendiri, bahkan bekas kekasihnya pun…

Azira Shafinaz sebagai Lisa

Bagi Rizal, dia merasakan percikan bahagia apabila bersama Lisa walaupun ia kerana longgokan barangan kemas yang dihadiahkan kepada wanita itu. Tapi Lisa sebenarnya dalam diam masih lagi menyimpan rasa terhadap kekasih lamanya, seorang lelaki yang serba serbi kekurangan. Tak disangka, wanita itu kini mula mengimpikan beg tidak berjenama dan pengangkutan awam. Secara tak langsung bermaksud bahawa dia sudah menemui cinta sejatinya! Macam mana dia boleh lepaskan lelaki itu pergi?

Azar Azmi sebagai Jun

Dia ialah orang kanan Rizal – orang yang bertanggungjawab memberikan nasihat, tempat Rizal menangis, paling arif mengenai jadualnya dan dokumennya, tahu kelebihan serta kekurangan lelaki itu, ketakutannya malah alerginya juga. Walaupun nampak seperti boleh dipercayai, Jun sebenarnya menyimpan misi untuk membalas dendam terhadap Rizal yang menyebabkan kematian ayahnya dahulu.

isteri misteri

Setakat baca deskripsi watak, memang tak syok la kan? Sebab itu kami berpeluang melalui satu temubual secara zoom dengan Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah dan Azira Shafinaz bagi menanyakan pelbagai soalan cepumas kepada mereka.

Makin menarik tahu drama ‘Isteri Misteri’ selepas mendengar jawapan mereka.

Advertisement

Walaupun plotnya yang misteri dan kelakar, namun ramai tertarik dengan konsep ‘poligami’ yang diterapkan dalam ‘Isteri Misteri’. Risau juga kalau ada yang tak boleh terima kan? Tapi para pelakon membidas perspektif tersebut.

“Kena tonton drama ini daripada sudut positif.”

Menurut mereka, meskipun ‘Isteri Misteri’ membawa tema beristeri ramai namun plot misteri di mana Rizal mencari siapakah yang merancang pembunuhannya adalah lebih penting.

Lagi pula, jelas Sharnaaz Ahmad, setiap daripada watak tersebut mempunyai karakter unik masing-masing. Mungkin penonton pun akan teruja apabila menonton ‘Isteri Misteri’.

“Cerita ini unik dan ada kelainannya. Anda kena tonton sendiri bagaimana Rizal menjalani hidup dengan 3 orang isteri. Setiap isteri ini ada karakter masing-masing. Ada yang geram, ada yang marah, ada yang comel, banyak lagi. Tapi yang bestnya, drama ini memang fun-fun sahaja!”

isteri misteri

Syoknya ‘Isteri Misteri’ ini kerana ia menggabungkan genre misteri dan kelakar tahu, mesti tak bosan apabila menonton!

Jelas Azira,

“Komedi lebih kurang 70% daripada drama ini. Setiap episod memang lain-lain. Setiap pengenalan watak membuatkan ia menjadi lebih menarik.”

Bukan itu sahaja, para pelakon juga mengakui bahawa mereka memilih untuk membintangi ‘Isteri Misteri’ kerana mempercayai keunikan cerita yang sering ditonjolkan oleh Viu Malaysia. Jadinya, mereka tak teragak-agak untuk menerima tawaran ini dek yakin dengan kualiti naskhah ini. Wow!

Baru dengar sikit tapi dah syok kan nak tonton ‘Isteri Misteri’? Sebab itu anda wajib duduk bersila di hadapan televisyen setiap hari Rabu dan Khamis jam 6 petang di TV3 ataupun tonton sambil makan jajan pada jam 7 malam di laman penstriman Viu.

Hanya 10 episod sahaja, dah start tayang semalam pun (25 November)!

Tak sabar nak tahu siapalah yang cuba bunuh Rizal. Hmm…

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Mak Belimbing

    November 26, 2020 at 11:14 pm

    Artis2 Melayu HOMO/LUCAH/PENAGIH DADAH yg. TAK berMORAL & amat JIJIK boleh BERAMBOS!! MenJAHANAMkan moral & aqidah anak2 muda Islam/Melayu kita shj.!

  2. Mak Belimbing

    November 26, 2020 at 11:11 pm

    Makin RASIS Industri Perfileman/Drama/Iklan/Program ni – makin menDISKRIMINASI Artis2 berTUDUNG yg. SOPAN & BERMORAL utk. jadi HEROIN2 atau HOS2 program2!

    Dan BOIKOT mana2 FIEM/DRAMA/PROGRAM – yg. ambil artis2 LUCAH/HOMO/PENAGIH DADAH!!

Leave a Reply to Mak Belimbing Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top