Melalui laporan Sinar Harian, seorang peserta Program Himpunan RXZ Members 6.0 telah maut selepas cuba elak daripada terlanggar patung penyun, manakala seorang lagi cedera parah.
Sumber : Khairul Amri Hassan Kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 270.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuantan itu melibatkan seorang mangsa iaitu Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29.
Mangsa difahamkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kedua-dua motosikal itu telah bergesel pada bahagian handle (pemegang) menyebabkan masing-masing terbabas.
Untuk info, kedua-dua yang mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas menyertai program himpunan RXZ Members 6.0 di Kuala Nerus.
BACA: Termasuk Laluan Kereta Tak Sempat Elak, Lelaki Maut Tersepit Celah Tayar Perodua Myvi
