Seorang Bekas Tentera Dijatuhkan Hukuman Penjara 24 Tahun

Trending

Seorang Bekas Tentera Dijatuhkan Hukuman Penjara 24 Tahun

Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam memerintahkan seorang bekas tentera yang didapati bersalah merogol dan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap anak kandungnya lima tahun lepas menjalani hukuman penjara selama 24 tahun berkuat kuasa semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu terpaksa merengkok lebih lama dalam penjara selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara memerintahkan hukuman penjara 18 tahun dan enam tahun yang diputuskan berjalan secara serentak oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru sebelum ini, berjalan secara berasingan.

Advertisement

3 years ago

Anak Gadis Dirogol Bapa Kandung Sendiri Ketika Ibu Keluar Bekerja

Perayu yang menghadapi dua pertuduhan, perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun terlebih dahulu dan apabila selesai hukuman itu barulah dia akan menjalani hukuman penjara enam tahun lagi menjadikan jumlah 24 tahun.

Sebelum ini, bekas tentera berpangkat sarjan itu dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan serta enam tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 27 November 2018 selepas didapati bersalah merogol anak perempuannya yang berusia 17 tahun ketika itu. 

Menurut sumber daripada BERNAMA, Mahkamah Sesyen bagaimanapun memrintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak iaitu 18 tahun dengan 15 sebatan dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 21 Jun 2020 mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.

Hakim Abdul Karim dalam penghakimannya berkata Hakim Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memutuskan hukuman penjara terhadap lelaki itu berjalan secara serentak.

Menurutnya, kes rogol dan liwat adalah berbeza dan hukuman sepatutnya dijalankan secara berturutan. Oleh itu, mahkamah mengetepikan hukuman penjara secara serentak yang diputuskan oleh kedua-dua mahkamah berkenaan.

“Kedua-dua hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak melakukan apa-apa kesilapan dari segi undang-undang dan fakta untuk mewajarkan mahkamah ini campur tangan terhadap dapatan kedua-dua mahkamah itu. Oleh itu, rayuan perayu ditolak dan dapatan Hakim Mahkamah Tinggi dikekalkan,” kata Hakim Abdul Karim

Bekas tentera dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun

Gambar Hiasan – Sumber Google

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada pukul 2.30 pagi, 15 Mac 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol manakala pendakwaan bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii dikemukakan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee manakala peguam Noordin Hussin mewakili lelaki berkenaan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...