Tidak dinafikan, menunggu ketibaan cahaya mata merupakan impian yang diinginkan oleh setiap pasangan suami isteri bagi melengkapkan kitaran hidup berkeluarga. Lebih-lebih lagi jika anak itu merupakan cahaya mata yang pertama. Mesti ibu bapa anak tersebut gembira bercampur sebak kan?
Namun begitu, setiap kelahiran itu juga adalah satu penderitaan kepada para isteri. Ia adalah ujian berat yang perlu ditempuh oleh bakal ibu dalam usaha melahirkan seorang anak dan suami digalakkan untuk memberikan semangat kepada isterinya.
Akan tetapi, pelbagai kejadian yang tidak diingini boleh berlaku ketika proses tersebut termasuklah bayi dilahirkan pramatang, bayi yang dilahirkan meninggal selepas beberapa hari dan juga ibu yang meninggal dunia selamat selamat melahirkan bayi.
Doktor kongsi kisah sedih seorang bapa sado
Seperti yang kita ketahui, kebiasaannya lelaki dengan imej sado dan perwatakan maskulin mempunyai keazaman untuk melindungi seseorang terutamanya insan tersayang. Namun, berbeza dengan situasi lelaki ini yang digambarkan mempunyai fizikal tegap dan bertatu tetapi gagal mengawal emosi selepas melihat keadaan anaknya.
Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan, Dr. Redza Zainol melalui ciapannya di laman Twitter menceritakan tentang kisah lelaki tersebut yang sebak melihat anaknya dilahirkan pramatang. Menurutnya, anak kepada lelaki sado itu dilahirkan pramatang 28 minggu sekaligus menyebabkan semua organ dalamannya turut menjadi belum matang.
Itu hari seorang lelaki berbadan besar datang ke wad bayi. Telinga bertindik dan tangan bertatu.
“Anak encik lahir pramatang 28 minggu. Bila lahir pramatang begini, semua organ dalaman pun sama ikut belum matang.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) October 5, 2021
Bayi kurang matang memerlukan bantuan pernafasan
Menerusi ciapannya yang lain, doktor tersebut menyatakan bahawa amatlah penting bagi seorang bayi yang baru dilahirkan untuk bernafas.
Namun, keadaan bayi tersebut yang mempunyai paru-paru yang kurang matang menyebabkan dia memerlukan bantuan pernafasan daripada mesin ventilator.
Lepas bayi dilahirkan, yang paling penting ialah bayi nak bernafas.
Tapi disebabkan paru-paru belum matang, dia perlukan bantuan pernafasan sambil saya tunjukkan satu tiub yang keluar dari mulut bayi disambung terus ke mesin ventilator.”
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) October 5, 2021
Selain itu, beliau turut merasa sebak melihat lelaki tersebut yang mula mengalirkan air mata serta meminta izin darinya untuk menenangkan diri.
Difahamkan, isteri kepada lelaki tersebut sedang berada di dalam kesakitan selepas pembedahan, malah anak kecilnya pula dalam keadaan kritikal.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut memberikan pelbagai reaksi termasuklah turut berasa sebak dengan dugaan yang menimpa lelaki tersebut.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara