Anggota Polis Ajak Pemandu Bunyikan Hon Kenderaan Sebagai Tanda Terima Kasih

Trending

Anggota Polis Ajak Pemandu Bunyikan Hon Kenderaan Sebagai Tanda Terima Kasih

Selama tiga bulan rakyat Malaysia dilarang merentas negeri atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Kini kita mampu menarik nafas lega kerana setelah kes jangkitan COVID-19 mulai reda, akhirnya hari ini pada 10 Jun, Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan. Orang ramai kini dibenarkan untuk merentas negeri tanpa sebarang sekatan oleh pihak berkuasa di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Advertisement

 

Seorang frontliner yang merupakan anggota polis, Bahrum Tahir memuat naik di Facebooknya, mengajak  orang ramai yang mula merentas negeri mulai malam tadi, membunyikan hon kenderaan sebanyak dua kali apabila melalui mana-mana kawasan sekatan jalan raya polis sebagai tanda terima kasih.

“Jadi kepada kawan yang melalui roadblock hari ni, bunyikan hon dua kali dan angkat tangan kepada semua anggota frontliner yang bertugas tanda ucapan terima kasih kerana menjaga kita selama 3 bulan.”

Seluruh rakyat sememangnya sangat berterima kasih kepada semua frontliner kerana telah bertungkus-lumus selama ini memastikan Malaysia terus selamat dari wabak COVID-19.

Muat naik tersebut mendapat lebih 600 perkongsian dan 250 komen dari netizen yang rata-rata menyampaikan tanda terima kasih mereka.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...