Tular di media sosial apabila pengguna Threads meluahkan rasa tidak puas hati terhadap video yang dikatakan menggunakan kes kematian Allahyarham Zara Qairina sebagai bahan kandungan.
Menurutnya, video berkenaan seolah-olah memaparkan unsur rasuah dan menunggang isu Zara menggunakan anak-anak PASTI.
“Ini bagi aku dah melampau sangat. Video macam ni dapat kebenaran ibu bapa ke tidak?” tulis pengguna tersebut, menegaskan bahawa kandungan sebegitu wajar dipertikai dari segi etika.
View on Threads
Tambahnya, keadaan kini dilihat semakin berunsur politik apabila kes tersebut dipercayai telah menjadi bahan perbincangan pihak tertentu. “Kes ni dah jadi bahan politik sekarang,” katanya.
Sehingga kini, kes berkenaan berada di bawah siasatan Bukit Aman, sementara pihak peguam keluarga Allahyarham diberi ruang untuk menjalankan prosedur undang-undang yang sewajarnya.
Komuniti netizen turut menyeru agar semua pihak menghormati proses rasmi dan tidak menjadikan tragedi ini sebagai bahan hiburan atau konten media sosial.