Ibu kepada pelakon popular Anna Jobling, Ariz Arop mencuri perhatian apabila memuat naik luahan penuh emosi di media sosialnya pada Jumaat.
Menerusi hantaran di IG Stories, Ariz meluahkan kekecewaan terhadap sikap segelintir individu yang dianggap tamak dan tidak berhati perut. Katanya, hatinya sudah terlalu banyak terluka hingga tidak lagi mampu merasai sakit akibat perbuatan manusia sebegitu.
Seolah-olah kamu tiada ibu. Bagaimana jika ibu kamu diperlakukan seperti ini? Allah Maha Adil.
Namun begitu, Ariz tidak mendedahkan pihak yang dimaksudkan dalam kenyataan berbaur kecewa itu.
Sebelum ini, kemelut keluarga Anna dan ibunya pernah diperkatakan apabila seorang individu mendakwa Anna memberi RM10,000 sebulan kepada ibunya selain membeli rumah.
Individu itu turut menjelaskan sikap berdiam diri Anna adalah untuk menjaga maruah ibunya. Ariz bagaimanapun hanya menafikan dakwaan pembelian rumah tanpa mengulas soal wang bulanan yang dikaitkan dengan anaknya.