“Senyuman Paling Mahal” – Anak Beri Kejutan Hadiahkan ‘Phone’, Reaksi Bapa Tersenyum Buat Netizen Terharu

Kehidupan

“Senyuman Paling Mahal” – Anak Beri Kejutan Hadiahkan ‘Phone’, Reaksi Bapa Tersenyum Buat Netizen Terharu

Membahagiakan ibu bapa menjadi impian ramai anak-anak terutamanya kerana mahu membalas jasa mereka membesarkan dan mendidik kita.

Bukan harga atau nilai barangan itu sendiri yang menjadi keutamaan namun apa yang mahu kita lihat adalah senyuman yang terukir di wajah mereka.

Advertisement

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini di mana seorang wanita berkongsi detik ketika dia membuat kejutan kepada bapanya dengan membelikan telefon pintar yang baru.

Menerusi video itu, wanita tersebut telah merakamkan video secara senyap dari point of view dirinya yang ketika itu duduk berhadapan dengan bapanya di sebuah kedai makan.

Sedang enak menikmati makanan yang dipesan, wanita tersebut mengambil kesempatan untuk meletakkan kotak telefon pintar itu di depan pinggan ketika bapanya sedang leka melihat keadaan sekeliling.

Bapanya yang tersedar kotak berwarna kuning ada di depannya kemudian bertanya dan sebaik sahaja dia membuka kotak, reaksi wajahnya bertukar dan tersenyum.

Video itu meraih lebih 200,000 tontonan dan ramai netizen terharu dengan content tersebut yang kini sedang menjadi trend di mana kita memberi kejutan kepada insan tersayang dengan cara meletakkan hadiah di hadapan mereka secara diam-diam.

Wanita tersebut turut berkongsi telefon bimbit milik bapanya sebelum ini pernah terjatuh dan menyebabkan skrin pecah dan sejak itu dia hanya menggunakan telefon biasa.

Ada (telefon bimbit) tapi jatuh pecah screen, lepas tu dia pakai handphone biasa je janji boleh call.. tu akak carikan handphone yang macam ni.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

remaja tak puas hati dibelikan perodua axia
3 weeks ago

Remaja Lelaki Undang Kecaman, Merungut Hanya Dihadiahkan Perodua Axia Oleh Ibunya - “Nak Myvi Macam Kawan...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...