Senyum & Tenang Di Mahkamah, Alif Teega Mohon Doakan Dirinya & Isteri – “Doakan Baik Baik Ya”

Trending

Senyum & Tenang Di Mahkamah, Alif Teega Mohon Doakan Dirinya & Isteri – “Doakan Baik Baik Ya”

Awal pagi tadi, kelibat pasangan pempengaruh islamik ini menjadi perhatian ramai wartawan di lokasi dan netizen di media sosial apabila mereka tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman.

Alif Teega, 30, dan isterinya, Aisyah Hijanah, 26, tiba dengan baju lokap SPRM dan bergari dilihat mengukir senyum ke arah wartawan dan sempat memberi respon apabila disapa.

Advertisement

Pempengaruh itu sempat berkata dan meminta orang ramai agar mendoakan dirinya dan isteri dalam kes mereka ini berkaitan penyelewengan duit derma.

Alhamdulillah sihat. Doakan yang baik baik ya.

alif teega dan aisyah ditahan sprm

Terdahulu, pasangan itu ditahan semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan isu penyelewengan kutipan derma yang tular diperkatakan di media sosial.

Alif dan Aisyah ditahan bagi membantu siasatan tentang dakwaan bahawa kutipan derma bernilai jutaan ringgit tersebut tidak disalurkan secara betul.

Sebelum ini, pempengaruh tersebut pernah membuat penafian bahawa dia terlibat dalam penyelewengan duit derma seperti yang diperkatakan.

alif teega dan aisyah

Alif teega Aisyah hijanah nafi terlibat kaut 20% dana awam
6 months ago

"Aisyah Tu Sampai Hari Ni Dia Diam" - Alif Teega Beri Penjelasan, Nafi Terlibat Dalam Kutip Derma Kaut Komisen 20%

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...