Sedia maklum, sejak dua hari yang lalu, kecoh isu mengenai Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) dikecam susulan meletakkan pelakon, Bella Astillah sebagai pemberi trofi anugerah kepada pelakon, Sophia Al-Barakbah sedangkan sudah mengetahui kisah silam mereka.
Dapat dilihat, Bella kelihatan tidak selesa apabila perkara tersebut berlaku tetapi tetap menjalankan tanggungjawab secara profesional sewaktu menyampaikan trofi berkenaan kepada Sophia.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah netizen di Threads meluahkan rasa kecewa terhadap Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq kerana hanya berdiri di sisi aktres itu tanpa membantu.
Bahkan, ada juga yang merasakan tindakan Syed Saddiq hanya tersenyum disisi tanpa menawarkan diri untuk gantikan posisi Bella dianggap tidak gentlemen.
Namun begitu, terdapat beberapa netizen merasakan Syed Saddiq tidak mengenali Sophia, malah wajahnya juga kelihatan pelik apabila Bella mengeluh sebelum mengumumkan nama Sophia.