Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sentuh Tangan Masih Boleh, Peluk Dan Aksi Ranjang Tak Boleh – Nur Fazura

Akhirnya pelakon jelita, Nur Fazura tampil menjelaskan pendiriannya yang enggan beraksi mesra dengan mana-mana pelakon lelaki. Ramai yang beranggapan Fazura tidak mahu langsung bersentuhan dengan lelaki apabila berlakon sehingga menimbulkan persoalan tentang gandingan terbarunya bersama Shaheizy Sam.

fazura shaheizy sam

Advertisement

Ditemui ketika majlis pelancaran drama terbarunya yang bertajuk Kisah Cinta, Fazura tampil memberi penjelasan. Kata Fazura:-

Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.

fazura shaheizy sam

Fazura juga melahirkan rasa terkejutnya apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain. Kata Fazura:-

Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain

fazura shaheizy sam

Abang Nara suka dengan prinsip yang diamalkan oleh Fazura. Perlahan-lahan perubahan dilakukan adalah lebih baik daripada tiada langsung. Semoga Fazura satu hari nanti akan terus langsung tidak melakukan sentuhan dengan mana-mana lelaki ketika berlakon. Good luck and all the best to Fazura. Info asal Mstar Online.

P.S: Wanita yang hidupnya serba terbalik

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top