Sentuh Isu Realiti & Kehidupan, Drama Korea “If You Wish Upon Me” Berjaya Robek Perasaan Penonton

Branded

Sentuh Isu Realiti & Kehidupan, Drama Korea “If You Wish Upon Me” Berjaya Robek Perasaan Penonton

Memasuki separuh kedua tayangan, siri Viu Original If You Wish Upon Me berjaya buat penonton tak keruan dengan apa yang bakal terjadi.

Kembalinya bekas teman wanita Yoon Gyeo Rye (Ji Chang Wook) yang posesif atau psiko pada minit terakhir episod 8 meranapkan perasaan penonton ingin melihat Gyeo Rye menikmati kebahagiaan.

SPOILER

Selepas bersama dengan Team Genie, Yoon Gyeo Rye mulai berubah sedikit demi sedikit, daripada seorang yang keras kepala dia mula terbuka hati menerima kehangatan yang diberikan oleh ahli pasukannya.

Pada episod lepas, Gyeo Rye telah membalas dendam kepada bekas pemilik anjingnya, Sonny, kerana mereka telah ‘meninggalkan’ anjing setelah mendapat tahu anjing itu menghidap kanser.

Gyeo Rye yang seperti dirasuk syaitan, telah memusnahkan kereta mewah milik tuan lama Sonny selepas melihat mereka ingin mendapatkan anjing yang baru. Nasib baiklah masa ni Yeon Joo (Sooyoung) berjaya tenangkan dia.

Paling best, hubungan di antara Gyeo Rye dan Yoon Joo juga semakin mekar apabila Gyeo Rye meluahkan rasa suka pada jururawat itu dan mereka keluar dating dengan melakukan aktiviti yang tak dijangkakan langsung. Part ni memang lawaklah!

Tapi orang cakap bukan K-dramalah kalau bahagia awal sangat. Bila mereka berdua pulang ke Woori Hospice Hospital, sesuatu yang memberikan Gyeo Rye trauma berada di hadapannya. Bekas teman wanitanya kini kembali!

Kalau anda follow drama ni daripada awal, korang mesti perasan yang ex-girlfriend Gyeo Rye ni macam psiko sikit, lebih-lebih lagi ada satu dialog yang Gyeo Rye persoalkan adakah dia tak layak untuk rasa bahagia?

Hmmm.. Tapi ni teori kami jelah, apa agaknya plot yang bakal menanti? Korang jangan lupa tonton If You Wish Upon Me ni secara eksklusif di Viu!

K-drama terbaik hanya di Viu!

Pada anda yang tak tonton lagi drama ni, If You Wish Upon merupakan siri Viu Original yang mengisahkan Gyeo Rye, seorang bekas banduan yang terpaksa menyertai pasukan servis komuniti, Team Genie.

Pasukan ini bertanggungjawab merealisasikan impian terakhir pesakit yang tiada harapan untuk sembuh dan bakal pergi. Bersama-sama pasukan ini, Gyeo Rye mula mempelajari erti kehidupan dan kehangatan sebuah keluarga.

Temanya yang menyentuh isu kehidupan pasti membuatkan anda tak senang duduk untuk setiap episod. Nasihat kami, sediakan tisu awal-awal tau.

Bersiaran episod baru pada setiap hari Rabu dan Khamis, jangan lupa saksikan If You Wish Upon Me secara eksklusif di Viu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...