“Sentiasa Mengharapkan Dengan ‘Terima Aku Seadanya’. Padahal Tak Sedar Saya Yang Rosakkan Diri”

Trending

“Sentiasa Mengharapkan Dengan ‘Terima Aku Seadanya’. Padahal Tak Sedar Saya Yang Rosakkan Diri”

Apabila melihat individu obes, sudah menjadi lumrah bagi individu itu untuk dipersendakan, dikutuk, dihina dan macam-macam lagi. Akibatnya, individu itu menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah dan merasa tiada nilai dalam masyarakat. Ini ialah apa yang dirasakan oleh Zulaikha  Zulkifli., 26 tahun.

Bagaimanapun, kerana tekad dan kegigihan Zulaikha mengamalkan diet Atkins dan bersenam, dia telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 50 kg dalam masa setahun dua bulan.

Advertisement

Lahir di Pulau Pinang, pindah ke Kuala Lumpur, baru-baru ini Zulaikha balik ke Pulau Pinang dan bekerja sebagai pensyarah di Segi College. Dia ialah pemegang Diploma, Ijazah dan Sarjana Hotel dan Pelancongan dari KDU College, Pulau Pinang. Berikut ialah jurnal kehilangan berat badan Zulaikha, yang boleh memberi panduan dan inspirasi bagi individu obes di luar sana untuk menguruskan badan.

Bagaimanakah saudari menjadi obes? Adakah obes sejak kecil atau terdapat masa tertentu di mana saudari mula obes?

Masa kecil saya lahir normal, membesar pun normal sampai umur 8 tahun, nampak perubahan badan perlahan-lahan naik dan sejak umur 10 tahun (datang period), mungkin masa tu hormon mula berubah dan saya suka sangat-sangat makan. Memandangkan masa sekolah aktif dengan sukan jadi badan hanya chubby sedikit dan tak adalah sampai obes. Masa sekolah menengah dah obes tahap 1. Tapi berat masih naik dan turun sebab aktif dengan aktiviti sekolah.

12666235_1567720220217847_1117510515_n

13823428_1666632786993256_187212089_n

Yang saya perasan boleh bertambah naik berat badan sejak dah masuk universiti. Masa diploma badan mula naik perlahan-lahan tapi sejak masuk ijazah, masa itu jarang keluar dengan kawan-kawan sebab fokus belajar. Malam boleh lagi makan pizza, burger, French fries kononnya lapar masa belajar. Masuk sarjana, lagi bertambah berat badan saya sampai BMI 43 (obes melampau). Masa itu juga saya dah putus asa dengan pengurusan diri. Kononnya kalau nak cari pasangan, “kau kena terima aku seadanya”. Lama saya pegang dengan kenyataan tu sebagai alasan tak nak jaga badan atau erti kata lain, saya tak kisah dan penting diri.

Apakah kesukaran yang saudari hadapi semasa obes?

Macam-macam. Kalau dari segi fizikal, nak begerak susah dan sentiasa penat. Kalau jalan banyak itu sakit tumit (tumit saya pecah). Nak beli pakaian susah dan saya selalu bagi alasan saya tak suka membeli-belah padahal saya mood tak baik masa membeli-belah baju sebab tahu sajalah, saiz baju saya tak ada. Kalau pun rekaan yang saya tak suka. Kadang ada rekaan yang saya suka tetapi kalau saya pakai, badan yang besar ni buatkan baju itu nampak tak elok. Badan yang besar ini banyak makan ruang contohnya kalau dalam kereta, sebabkan saya besar kereta tak boleh muat orang lain. Kalau pergi tengok movie dengan kawan-kawan, nak duduk di kerusi tu memang tak selesa langsung kononnya kerusi tu yang kecil. Mujur juga tak dapat apa-apa penyakit masa obes tu. Tersedar diri awal.

12695214_1567720270217842_822214716_o

Dari segi emosi, sentiasa tak stabil dan saya cepat terasa. Contohnya saya tengah makan, tahu saya makan jumlah yang banyak sangat-sangat. Ibu bapa hanya tegur:

“Eka.. banyak sangat kot tu.”

Saya dah sentap dan melenting. Ada sampai tahap saya menangis dan salahkan ibu bapa tak pernah faham yang saya suka makan. Ibu bapa sampai risau nak tegur saya, takut saya terluka padahal saya tau saya tengah rosakkan diri sendiri. Keyakinan diri memang musnah sejak saya obes. Saya tak penah ada keyakinan diri walaupun nak tanya benda mudah pada orang yang saya tak kenal pun saya rasa saya tak layak. Walaupun nak panggil pelayan minta pesanan pun dah jadi satu masalah dan beban untuk saya. Malu dengan diri tetapi masih, saya tetap tunduk dengan nafsu makan saya.

Bab pasangan, saya sentiasa salahkan orang yang hanya pentingkan rupa. Sentiasa mengharapkan dengan “terima aku seadanya”. Padahal saya tak sedar yang rosakkan diri dan pilihan saya sendiri untuk buat badan saya sampai ke tahap obes melampau. Sekarang saya dah faham dan kena hadam sampai lumat yang manusia sukakan kecantikan dan imej kena jaga. Jadi, benda ini pilihan saya sendiri untuk terus rosakkan diri atau perbaiki balik diri saya.

Apakah pengalaman pahit saudari semasa masih obes?

Sepanjang hidup saya, saya jarang nak happy. Berat badan saya banyak main peranan dalam emosi saya. Jadi sepanjang hidup obes, saya sentiasa negatif. Sentiasa dengan sangka negatif pada diri sendiri dan pada orang lain. Masa jumpa adik-beradik saya sentiasa dilabel “yang sihat-sihat tu”. Iyalah maksudnya yang gemuklah. Ahli keluarga saya semua kurus dan saya seorang saja gemuk. Sepupu yang masih kecillah selamba saja panggil “Kak Eka gemuk”. Ya, mereka kecil lagi dan tak tau mana salah mana betul, tetapi agak kecil hati juga. Kalau pergi membeli-belah, benci kalau kena tanya soalan:

“Ini yang paling besar ke? Ada lagi tak yang lagi besar?”

12674449_1567720260217843_536512870_nMalu. Malu sangat-sangat. Kadang-kadang saya malu keluar jalan-jalan dengan adik dan kakak. Mereka kurus saja dan saya paling gemuk. Kadang terasa juga mata lelaki pandang kakak dan adik. Saya ini? Siapalah nak pandang…sedih. Padahal nak keluar enjoy dengan adik-beradik tetapi berat badan ni buat mood saya rosak. Jadi sepanjang obes ni, jarang saya happy. Jarang sangat-sangat.

Apakah yang membuat saudari mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan?

Masa belajar, saya dah putus asa dengan berat badan. Sampailah April 2015, tesis saya diterima dan hanya tunggu masa untuk graduate. Sementara tunggu majlis graduasi, saya merancang nak cari kerja dulu. Mula dari situ, saya mula rasa panik macam mana nak kerja dengan berat badan macam ni? Malu nak menghadap masyarakat. Dulu masa belajar jarang-jarang saya keluar dan selalu duduk rumah fokus belajar. Saya panik untuk cari kerja. Saya berdiri depan cermin dalam keadaan tertekan dan tak pernah perasan dah badan terlalu obes (jarang tengok cermin penuh). Dekat sebulan saya tertekan dan stres dengan berat badan, nak cari kerja malu (latar belakang belajar Hotel dan Pelancongan, kerja begini pentingkan imej) jadi pada 25 Mei 2015, saya tekad betul-betul untuk turunkan berat badan.

13650535_10206625390455375_1769209034_n
Saya mula dengan bersenam (ada basikal pegun di rumah). Bersenam tak banyak pun hanya 20 minit sehari tapi makan masih banyak cam biasa. Saya tak tahu apa-apa pasal diet atau bersenam. Ini main redah saja buat. Sampai lepas seminggu bersenam begitu, saya online dan kakak ipar tag saya di post group Kelab Diet Atkins Malaysia. Saya mula tengok gambar sebelum dan selepas orang lain. Hati jahat itu kadang-kadang cakap juga:

“Ala, tak nampak beza pun.”

Padahal saya cemburu. Jadi, perlahan-lahan saya cuba dan baca, kenali apa itu Diet Atkins. Dari situ mulalah saya bersenam sambil amal diet Atkins.

Boleh ceritakan bagaimana saudari berdiet?

Saya mula dengan diet Atkins. Diet atkins ni boleh dikatakan sebagai diet rendah karbohidrat. Diet ini terdiri dari empat fasa. Fasa 1 (sehari tak boleh lebih 20 g karbohidrat). Fasa 2 (sehari tak boleh lebih 45 g karbohidrat). Fasa 3 (sehari tak boleh lebih 70 g karbohidrat sehari) dan fasa 4 (tak boleh lebih 75g karbohidrat sehari.) Panjang penerangan diet ini dan ada tempoh panjang tertentu untuk setiap fasa.

Matlamat diet ini ialah untuk capai ketosis. Masa ketosis inilah proses dalam badan mula bakar lemak dan bukan bakar glukosa dalam badan. Gambar di bawah saya ada terangkan dalam group Kelab Diet Atkins.

Berikut perkara paling asas untuk diet atkins. Untuk maklumat lanjut kena baca buku panduan diet itu. Online pun ada:

Screen Shot 2016-08-19 at 12.02.55 PM

Screen Shot 2016-08-19 at 12.03.08 PM

Screen Shot 2016-08-19 at 12.03.22 PM

Screen Shot 2016-08-19 at 12.03.37 PM
Lepas masuk fasa 4, boleh saja makan macam biasa, Cuma perlu kawal porsi dan dah tak boleh balik ke tabiat makan macam masa moks dulu.

Apakah rutin senaman yang saudari lakukan semasa menguruskan badan?

Masa berbadan besar, saya banyak fokus kardio. Memandangkan tak boleh jog sebab sakit tumit dan lutut disebabkan berat badan, saya hanya naik basikal pegun dalam rumah. Mula dengan 20 minit sehari, perlahan-lahan saya tambah 23 minit, 25 minit, 30 minit dan sampai 45 minit. Saya tak pernah pergi gimnasium atau bersenam luar sebab malu dengan berat badan. Sampailah saya masuk berat ideal, ibu bapa hadiahkan treadmill.

13654239_1661424064180795_7749782473335364131_nSaya boleh berjinak dengan jog sampailah tiap-tiap hari saya jog atau kadang-kadang 5 hari seminggu (45 minit). Kenapa saya fokus kardio? Kardio banyak bantu untuk pembakaran lemak. Macam resistance training (main dumbbell, push-ups, squats, dll) semua tu untuk bina otot dan saya tak rancang untuk bina otot lagi jadi saya hanya fokus pembakaran lemak. Sampailah berat saya sekarang 43 kg, saya nak maintain 45 kg dengan bina otot. Bukan dengan makan banyak. Perlahan-lahan saya cuba bina otot dari berat 43 kg ke 45 kg.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk mencapai berat impian?

Dulu sasarannya nak sampai 70 kg saja. Tapi makin lama makin seronok dan ketagih nak sihatkan dan turun sampai masuk ideal. Berat 93 kg-55 kg (ideal) – 5 bulan. berterusan 55-45kg (7bulan). Total setahun 2 bulan. Sekarang berat 43kg dan cuba nak naikkan balik dengan bina otot sampai berat 45kg. Tinggi:152cm. Total kehilangan berat: 50 kg.

13680783_1674064102916791_1919996416730500439_nBagaimana cara saudari mengekalkan berat ideal selepas ia dicapai?

Pemakanan kena jaga. Sampai sekarang saya tak minum air manis walaupun boleh saja minum hanya bersukat tapi saja saya dah tak minum air manis atau ais. Tak boleh berbalik ke tabiat pemakanan macam dulu masa moks. Makan jumlah normal dan kawal pengambilan makanan. Bersenam itu wajib. Kalau tak sempat untuk jog atau selalunya saya sibukkan diri buat kerja umah atau masa kerja, saya banyak berjalan dan bergerak aktif. Yang penting pemakanan perlu dijaga. 80% diet, 20% senaman.

Apakah perubahan yang dirasakan selepas berat dicapai dari segi fizikal dan juga sosial?

Dari segi fizikal, makin selesa dengan badan sendiri dan mudah bergerak, mudah beli baju dan makin berkeyakinan dengan diri. Kadang macam tak percaya dari size XXXL sekarang dah pakai XXS atau XS. Baju-baju yang cantik dah mudah cari. Kulit pun makin elok. Dulunya kulit memang cerah tapi kusam disebabkan badan gemuk, toksin banyak, lemak tepu banyak dan peredaran oksigen dalam darah tak lancar membuatkan kulit kusam. Sekarang kulit makin sihat dan dah tak ada masalah kulit kusam.

14054783_1683827825273752_677449908_n
Keyakinan diri bertambah dan dah tak rasa berat badan ni yang sentiasa buat hal. Period dah pun teratur dimana masa gemuk dulu period tak pernah teratur.

Dari segi sosial, saya masih cuba untuk pulihkan keyakinan diri yang dulu musnah teruk. Dulu masa berbadan besar, saya tak dipandang dan selalunya orang pandang serong. Bila dah kurus, entah mungkin perasaan saya saja, dipandang dan banyak orang bagi keutamaan. Walaupun di tempat kerja kadang-kadang saya terlepas bila saya buat silap. Orang lebih berlembut berbanding masa saya buruk dulu. Kalau bab dipandang lelaki, dulu tak pernah dipandang tapi sekarang sampai saya rasa pelik kadang-kadang atau ngorat, senyum-senyum dan pandang. Entah.. .mungkin perasaan saya saja. Kadang-kadang terasa betapa hipokritnya masyarakat sedangkan masa saya buruk tak ada orang pandang atau ambil kisah, tetapi sekarang dilayan baik dan agak kasihan tengok orang yang agak obes dari saya sekarang dilayan tak elok. Masih susah lagi saya terima kenyataan segelintir masyarakat kita macam itu.

Apakah harapan saudari untuk mereka yang masih obes di luar sana?

Saya tak sangka saya boleh capai apa yang saya capai sekarang. Sebab tu saya nak sangat-sangat memotivasikan orang lain untuk sama-sama berubah. Sebab itu juga saya buat open Facebook (Zulaikha Fallen) untuk siapa-siapa yang perlu semangat atau tips-tips dari saya. Bagaikan ada dua kehidupan berbeza dan ada dua pengalaman hidup berbeza. Berbadan gemuk ni bukan salah orang lain tapi salah diri sendiri. Kita sendiri yang buat diri jadi gemuk dan tak ada paksaan dari orang lain. Jadi tolonglah berhenti tuding jari pada orang lain. Jangan jadikan diri ‘acah mangsa’ penghinaan masyarakat padahal diri sendiri yang rosakkan diri.
13925778_1677883345868200_3217546995159278752_o
Nak turunkan berat badan tak susah dan perlu disiplin yang amat tinggi memandangkan benda ni memang makan masa. Bertahun bawa lemak ke hulu ke hilir takkan dalam tempoh beberapa bulan nak turunkan badan dah putus asa? Saya nak memotivasikan orang dan ada bercita-cita nak jadi penulis untuk cakap bagi pihak orang yang pernah obes. Kita boleh saja buat cuma diri sendiri yang letak batasan. Push diri dan kita takkan sangka apa yang diri kita boleh buat. Dengan ada page Facebook tu, saya harap sangat-sangat dapat sentuh hati semua orang untuk amalkan hidup sihat, turunkan berat badan dan masih menjaga aurat dan amanah badan yang Tuhan bagi.

Sumber: Zulaikha Fallen (follow her, she’s wonderful, and she gives you a lot of diet tips)

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...