Personaliti media sosial, Ameera Khan, kembali mencuri perhatian netizen selepas memuat naik video momen romantik bersama kekasihnya, pelakon Indonesia Jefri Nichol.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Ameera menyatakan bahawa “mimpi indahnya menjadi kenyataan” apabila Jefri memiliki semua ciri lelaki idamannya.
Adik kepada selebriti terkenal Neelofa itu menggambarkan Jefri sebagai seorang yang penyabar, setia, matang, maskulin, dan mementingkan keluarga. Dia juga memuji sikap Jefri yang “protective” dan boleh diharap.
Dalam pada itu, Ameera turut mengakui dirinya berbeza di mana dia seorang yang suka berdrama, cepat berubah mood, sensitif, degil, dan sering overthinking. Dia juga tidak menafikan suka dimanja dan diberi perhatian seperti “puteri raja”.
View this post on Instagram
Walaupun karakter mereka bertentangan, pasangan ini tetap saling menyatakan bahawa masing-masing adalah “dream girl” dan “dream boy” antara satu sama lain, menunjukkan keserasian dalam perbezaan.
Namun, perkongsian tersebut turut mengundang reaksi bercampur daripada netizen. Ada yang mendoakan agar hubungan mereka berkekalan, namun tak kurang juga yang mengkritik Ameera kerana terlalu memuji dan terbuka mengenai hubungan cinta mereka. Malah, ada yang mengungkit kontroversi lama Jefri berkaitan sikap panas baran di media sosial.