“Senior Pukul & Ikat Pelajar Sampai Tak Boleh Berjalan” – Rita Rudaini Dedah Sekolah Simpan Kes ‘Bawah Karpet’, Anak Rasa Macam Dalam Penjara

Hiburan

“Senior Pukul & Ikat Pelajar Sampai Tak Boleh Berjalan”  – Rita Rudaini Dedah Sekolah Simpan Kes ‘Bawah Karpet’, Anak Rasa Macam Dalam Penjara

Melalui laporan Utusan, pelakon jelita, Rita Rudaini mendedahkan salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya belajar juga pernah mempunyai kes buli, namun didakwa disembunyikan oleh pihak sekolah berkenaan.

Bila buat laporan polis sekolah pujuk tarik balik laporan

Difahamkan daripada pendedahan Rita, kejadian berlaku ketika anaknya masih Tingkatan Satu, di mana ketika itu pelajar senior memanggil junior untuk sesi ‘roll call’, sebelum bertindak memukul dan mengikat seorang pelajar di pokok sehingga mangsa tidak boleh berjalan.

Advertisement

Bukan di tempat tertutup tetapi di kawasan terbuka. Bila ibu pelajar itu buat laporan polis, sekolah memujuk supaya menarik balik laporan dan akhirnya kes disimpan bawah karpet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Bercerita lanjut mengenai kisah tersebut, aktres itu mendakwa mana-mana pelajar yang bertindak mengadu kepada ibu bapa jika menjadi mangsa buli, pelajar berkenaan pasti akan kena lebih teruk.

Anak Rita alami trauma, guru hantuk kepala pelajar di papan tanda

Anak saya mereka tak berani sentuh kerana mereka tahu akan masuk surat khabar.

Disebabkan kejadian buli tersebut, Rita berkata anaknya alami trauma hingga menyamakan asrama berkenaan sama seperti di dalam penjara walaupun ia berstatus sekolah agama.

Malah, dia turut mendedahkan guru di sekolah tersebut sering bertindak kasar seperi menghantuk kepala pelajar ke papan tanda di depan anaknya.

Rita rudaini
2025-08-18 16:27:36

"Jangan Risau, Anak Pun Tak Pernah Perasan Kewujudan Awak" - Status #KifarahIsReal Rita Rudaini Undang Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...