Seni Festival Di Dewan Filharmonik PETRONAS

Hiburan

Seni Festival Di Dewan Filharmonik PETRONAS

Sebenarnya agak terkilan juga diri ini kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) yang berada di dalam Suria KLCC. Bukan apa, setiap kali pergi jalan window shopping di situ, mesti nampak signboard DFP. Teruja nak merasai sendiri kehebatan persembahan-persembahan dewan serba gah ini.

dfp

Advertisement

Teruja punya pasal, Abang Nara pun bukalah laman web rasmi DFP di www.mpo.com.my. Rupa-rupanya sekarang ini sedang diadakan DFP Seni Festival untuk tahun keempat berturut-turut. Bermula daripada 16 September sehingga 22 September, pelbagai jenis persembahan yang merangkumi kesemua nilai kesenian di Malaysia akan dipersembahkan. Abang Nara agak teruja melihat lineup-lineup yang disediakan tahun ini.

dfp

Sesuai dengan sambutan Hari Malaysia, Seni Festival DFP kali ini dibuka dengan konsert bertemakan Malam Melayu Klasik. Bakal bermula jam 8.30 malam, penyanyi hebat Malaysia iaitu Datuk Andre Goh dan Haziq AF akan menghiburkan para penonton dengan nyanyian lagu-lagu asli seperti Mas Merah, Pasir Roboh, Seri Mersing, Halimun Malam dan Tak Seindah Wajah. Dibantu oleh Badan Kesenian Yayasan Warisan Johor, Malam Melayu Klasik ini juga akan turut menjamu penonton dengan muzik zapin dan ghazal.
dfpDengan harga tiket hanya RM35, Seni Festival DFP disambung dengan persembahan bertajuk SPECTRUM pada 18 September bermula jam 8.30 malam. Pastinya gabungan tarian-tarian yang ditunjukkan menarik dan bakal memukau, lebih-lebih lagi apabila diiringi secara live oleh pemuzik-pemuzik DFP. Confirm meremang bulu roma dibuatnya.
dfpSelepas persembahan Makyung Raja Besar Negeri Ho Gading pada 20 September, Abang Nara bercadang untuk tidak melepaskan peluang merasai sendiri kehebatan DFP menerusi MPO Rocks pada 21 September. Menampilkan Ella, Mus May, Man Kidal dan Dato’ Ramli MS sebagai pengarah muzik, Abang Nara yakin akan terbuai dalam kehebatan nyanyian mereka. Lagu-lagu feveret Abang Nara macam Layar Impian, Serikandi Cintaku dan Dua Insan Bercinta akan turut sama didendangkan. Tak sabar pulak rasanya!!!
dfpSebagai penutup Seni Festival DFP, Atilia, Dina Nadzir dan Elvira Arul akan menghiburkan para peminat muzik Jazz menerusi konsert MPO and All That Jazz pada 22 September. Dengan lagu-lagu seperti When I Fall In Love, Imagin dan Itulah Sayang, confirm peminat-peminat lagu Jazz akan terasa seperti dibelai manja sepanjang konsert tersebut. Iringan pemuzik DFP pastinya akan menghebatkan lagi suasana pada malam itu kelak.

dfpTak sabar rasanya nak merasai sendiri pengalaman menyaksikan konsert di Dewan Filhamornik PETRONAS. Kawan-kawan Abang Nara yang dah pergi semua cakap AWESOME. Korang pun yang teringin nak pergi, Abang Nara cadangkan pergi ketika Seni Festival DFP nie. Tiket pun berbaloi harganya dengan persembahan yang ditawarkan.
ellaNak tahu lebih lanjut, layarilah www.mpo.com.my. Kalau pergi nanti kita jumpa di DFP ye. Tak sabar nak jumpa Ella!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...