Sengketa Dengan Fara Mendoza Belum Tamat, Zarina Anjoulie Dapat Perintah Bela Diri Daripada Mahkamah

Hiburan

Sengketa Dengan Fara Mendoza Belum Tamat, Zarina Anjoulie Dapat Perintah Bela Diri Daripada Mahkamah

Nampaknya kes saman fitnah yang difailkan pelakon Fara Mendoza terhadap Zarina Anjoulie belum sampai ke penghujungnya apabila pelakon dan usahawan itu bakal membela diri di hadapan hakim kelak.

Zarina AnjoulieSumber : Google  

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan yang membenarkan Zarina membuat pembelaan untuk membatalkan penghakiman yang difailkan Fara berhubung dengan dakwaan pelakon tersebut telah membuat fitnah ke atas dirinya.

Advertisement

Wakil peguam Zarina, Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak guamnnya itu konsisten dengan pendirian bahawa dia tidak pernah memfitnah Fara Mendoza seperti yang didakwa pihak tertuduh.

Nurul dalam pada itu turut memberitahu bahawa akan memastikan Zarina memenangi kes tersebut setelah dibicarakan semula nanti.

Fara ZarinaSumber : Google  

Terdahulu, media tempatan melaporkan Fara Mendoza atau nama sebenarnya Nurfaralinah Md Yunus telah memenangi saman malu atau fitnah yang difailkan peguamnnya sekitar Januari tahun lalu.

Susulan daripada itu, Zarina kemudian tampil memfailkan semula permohonan untuk membatalkan penghakiman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 24 Jun 2020.

Menurut Nurul, terdapat beberapa isu berbangkit terhadap kes berkenaan di mana Zarina mendakwa bahawa dia tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan peguamnya yang terdahulu telah membela nasib usahawan media sosial itu.

Fara MendozaSumber : Instagram Fara Mendoza  

“Dia menyangka peguam terdahulu telah melindungi haknya dan berusaha untuk memenangi kes tuntutan fitnah tersebut sehinggalah berita kemenangan Fara diterbitkan media sekitar awal Jun tahun lalu. Zarina ada menghubungi peguam tersebut namun difahamkan individu tersebut telah diserang strok dan firma guaman miliknya telah pun ditutup.”

Sehubungan itu, Zarina kemudiannya telah melantik barisan peguam yang baharu setelah mendapat kepastian bahawa terdapat saman dikeluarkan ke atas kes mereka berdua itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...