Aktres jelita yang semakin meningkat popularitinya iaitu Anna Jobling telah mengambil keputusan untuk menolak semua tawaran sepanjang bulan Ramadan ini bagi meluangkan masa dengan keluarga tersayang.
Ingin berehat
Menurut Anna, dia berbuat sedemikian kerana sudah dua tahun berturut-turut dirinya tidak dapat meluangkan bulan puasa ini dengan keluarga terdekat kerana komitmen kerja.
Oleh itu, dirinya mengambil masa sebulan ini untuk berehat daripada dunia lakonan. Namun, kerja-kerja lain seperti tugas sebagai duta, menghadiri acara-acara serta mesyuarat masih berjalan seperti biasa.
Ramadan ini saya memilih untuk berehat daripada dunia lakonan. Tapi, untuk komitmen sebagai duta, menghadiri sebarang acara dan mesyuarat masih lagi diteruskan.
Memang saya sengaja tak ambil tawaran lakonan sebab mahu berehat. Sebab kadang-kadang sampai satu tahap perlu ambil masa berehat. Tawaran ada, tapi saya tolak.
View this post on Instagram
Keluarga lebih penting
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Melur Untuk Firdaus ini turut berkata, masa yang diluangkan bersama ahli keluarga lebih penting lagi-lagi dibulan yang mulia ini. Namun, tidak mahu peminat menunggu terlalu lama, Anna mendedahkan akan kembali berkarya selepas Aidilfitri.
Tahun ini saya mahu luangkan lebih masa bersama keluarga. Saya hendak tolong ibu masak nanti.
Ditambah pula saya tak berhenti kerja sejak Julai tahun lalu, jadi saya ambil keputusan berehat sekejap. Insya-Allah, saya kembali berlakon selepas Aidilfitri.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.