Baru-baru ini, aktor Hafidz Roshdi telah gagal hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi perbicaraan kes mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada di bahagian pipinya semalam.
Netizen perli
Sebab yang dikemukakan oleh pelakon itu adalah kerana faktor kesihatannya yang menyebabkan dirinya tidak dapat datang dan akhirnya perbicaraan tersebut ditunda pada 2 dan 3 Julai depan.
Namun begitu, melihat Shuhada yang sudah datang dari Perlis menaiki bas itu mengundang rasa tidak puas hati daripada kalangan netizen kepada bekas suaminya itu.
Sengaja nak lambat-lambatkan, biasa dah dengar kes macam ni.
Kesiannya wanita. Asyik teraniaya je. Nak settle kes cepat, bagi lah kerjasama. Kau kahwin baru tak sakit pulak.
@beautifulnara #sembangentertainment #shuhadashukri #hafidzroshdi #mahkhamah #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – Beautifulnara.com
Terdahulu, Shuhada telah membuat laporan polis mendakwa telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali di bahagian pipi pada Mac tahun lalu.
Hafidz juga sebelumnya telah dibawa ke Hospital Bahagia pada 29 Mac bagi menjalani pemeriksaan psikiatri dan disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan.
Oleh itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.